Wednesday, March 9, 2011

Hujan Rahmat

Tidur malam tadi sungguh nyenyak. Suasana hujan renyai dan lebat bersilih ganti menyulubungi mimpi yang asyik.

Memang menjadi rutin harian En Fikrilah yang paling awal bangun. Semua menyiapkan diri masing-masing, sehinggalah giliran En Amar yang paling cepat mandi disusuli En Shazwan yang sabar menunggunya. Hujan pada waktu itu masih lagi belum reda, malahan semakin melebatkan dirinya. En Amar dan En Tokey merenung jam yang semakin laju bergerak menghampiri jam 7.35. Dengan keadaan hujan sebegini mana mungkin mereka dapat ke sekolah dengan menaiki motorsikal Kriss merah+hitam NAS nya itu. Lalu, saya mempelawa mereka menaiki kereta En Fikri yang satu sekolah dengan saya untuk menghantar mereka ke SK Anak Ikan yang nyaman dan damai itu.

Keadaan hujan masih belum berhenti. Masa yang semakin menghambat, ditambah pula keadaan hujan, menambahkan lagi tekanan kepada kami. Tidak mengapalah, kalau terlewat sedikit pun nak buat macam mana, darurat. Kita buat sehabis baik.

Jarak kereta dengan hadapan rumah kami pula agak jauh, terpaksa merentasi hujan yang lebat. Semua perlu bergerak dengan cepat. En Fikri telah masuk ke dalam kereta, nampak seperti ada tompokan air pada bajunya di atas bahu. Diikuti En Wan Ahmad(saya), En Hafizi, Dan En Amar. En Tokey meminjam baju hujan jiran sebelah dan membuka kunci pintu pagar terlebih dahulu. Kemudian beliau memulangkan baju hujan dan giliran dia pula untuk masuk ke dalam kereta tanpa baju hujan. Beliau telah berlari dengan begitu laju sekali ikut kemampuan umurnya yang paling tua untuk masuk ke dalam kereta. Sebenarnya beliau tersilap pintu, kerana pintu yang ditujunya itu adalah rosak dan tidak boleh dibuka dari luar. Kami di dalam kereta telah memberi syarat supaya jangan masuk melalui pintu itu, namun beliau tidak menghiraukannya. Dalam keadaan hujan itu dia menerkam pintu yang rosak itu lalu menarik pembuka pintu sekuat hati. Disebabkan terlalu kuatnya dia menarik pintu itu, ini menyebabkan pembuka pintu itu patah dan tercabut terpelanting. Ramai orang kata, En Tokey memang ganas dan rakus, dan memang benar cerita itu, bukan dongengan lagi. Tuan empunya kereta tidak terkata, hanya diam, dan yang lain bergelak ketawa melihat En Tokey. En tokey masih bertenaga dan mencari pintu yang di sebelah yang saya masuk. Akhirnya beliau dapat masuk tapi dengan keadaan yang paling basah. Nak cepat supaya tak basah, tapi sebalinya pula yang berlaku. Memang kesian pada dia. En Tokey kena ganti pembuka pintu kereta, dan basah yang teruk.

Itula, aku dah cakap, jangan gelojoh, bertindak mengikut arahan, ko tu dah la tua, nasib baik tak ada sakit jantung. Hati-hati ye lain kali.


6 comments:

wanahaf said...

aku dah search pemegang pintu kat Mudah, tapi belum jumpa lagi..sesiapa ada info boleh kongsi..payah gak nak cari pemegang luar pintu kereta model hyundai atos ni...

syazwan safwan said...

Teruk gaya bahasa melayu mu ni..haha..

bukak laman web hyundai..
order dari jepun terus..haha

Kenali saya said...

bagus...konsep santai..i like kerana menulis begitu..rileks...

Anonymous said...

inilah yang dinmakan takdir...hidup ibarat roda..ada kala di atas, ada kala di bawah...tak siapa yang mampu menduga...walau bagaimanapun, saya menyokong komen syazwan safwan..."Teruk gaya bahasa melayu mu ni.." di harap anda mampu memperbaiki hasil karya anda...BERROOKKK!!!

wanahaf said...

Bm klasik ni bro.. aku tahu la mu ckgu BM...xbrapa betul jugok mu tu...
sazwan, hyundai tu dr jepun ke?kah2kah2... korea la beroookkkk...

kenali saya;saya ingin sekali mengenali saudara, terimakasih komen saudara... salam perkenalan di blog...

Wan A'dawiyah said...

Lawak lah kwn pak su tue...hii