Sempena Hari Raya Aidilfitri
tahun ini dan seperti tahun-tahun yang sudah, Ayah masih setia dengan
menyediakan hidangan tapai pulut daun getah. Tapai adalah satu makanan yang
menjadi kemestian bagi keluarga kami yang disediakan untuk tetamu yang datang
beraya disamping ketupat, rendang dan makanan yang lain-lain lagi. Menambahkan
lagi rasa tapai yang sedap, digunakan daun getah untuk menimbulkan aroma wangi
pada setiap suapan.
Sedikit perkongsian resepi tapai
pulut daun getah oleh Ayah Cik Mat.
Bahan:
11) Beras
pulut
22) Ragi
33) Daun
getah
44) Lidi
55) Air
Cara-cara:
11) Rendamkan
beras pulut 4 jam sebelum dikukus.
22) Kukus
beras pulut sebanyak 2 kali. (selepas kukus yang pertama, angkat,
gaulkan(arong) pulut yang telah diangkat, kemudian kukus kali kedua)
33) Angkat
pulut yang telah dikukus, dan gaulkan kali kedua, dan biarkan sejuk.
44) Setelah
disejukkan, taburkan ragi yang halus(debu) ke atas pulut.
55) Gaulkan
hingga ragi rata ke atas pulut.
66) Bungkus
dalam daun getah, dan siap.(juga boleh gunakan daun pisang, daun muda jambu
laut, daun rambai, daun jambu merah dan lain yang bersesuaian.
Begitu mudah sekali caranya. Tapi
ayah berpesan jika mahu belajar membuat tapai secara lebih mendalam, bolehlah
jumpa dia supaya boleh diberi petua-petua yang berkaitan dengan tapai. Selamat
mencuba.
Nota: Che suka buat tapai dan
mesti buat tapai kalau hari raya, ataupun jika ada anak-anak yang kerja
jauhyang balik yang nak makan walau buat sedikit saja.
2 comments:
If you're looking to burn fat then you absolutely need to try this brand new personalized keto plan.
To create this service, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs united to provide keto meal plans that are effective, painless, economically-efficient, and delicious.
Since their grand opening in 2019, 100's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a professional keto plan can provide.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones given by the keto plan.
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment