Monday, November 10, 2008

Karenah Rakan

Memang tak dinafikan lagi, semakin ramai orang yang kita kenali semakin banyak karenah yang terpaksa kita hadapi. Hari ini aku akan meluahkan perasaan aku berhubung sikap-sikap rakanku.

Aku sebenarnya adalah seorang yang rileks, sukakan ketenangan. Jadi dalam bilik aku memang jenis pendiam dan jarang-jarang melawak. Roomate aku seorang yang agak lancar orangnya. Tapi kurasakan dia memang memahami keadaan aku dan kami memang sentiasa memahami antara satu sama lain. Sebagai contohnya, sewaktu aku atau dia hendak solat atau waktu maghrib memang kami tidak akn buat bising seperti pasang lagu atau bercakap-cakap dengan suara yang kuat. Walaupun dia seorang 'smoker', tapi tetap boleh menyesuaikannya dan dia akan membuka semua tingkap dan pintu atau dia akan merokok di luar bilik. Jadi, aku tidak akan lemas dalam asap-asap berpenyakit itu.

Sekarang tiba musim peperiksaan, dan aku memang jenis yang memerlukan ketengan untuk mengulagkaji pelajaran. Tetapi malangnya, semua kebahagian aku selama ini telah dicabul angkara terdapat sahabat-sahabat yang tidak memahami perangai aku. Sudah tentu sekali ianya adalah bukannya roomate aku. Insan tersebut ialah kawan kami. Dengan kononnya 'study group' mereka akan datang ke bilik aku dengan membawa buku. Tetapi malang sekali, mereka sebenarnya hanyalah berbual-bual kosong yang entah apa-apa, dan hanyalah membawa kepada satu keadaan yang amat tidak tenang sekali. Bukan setakat itu sahaja, mereka akan membuat sedikit minuman dan makan-makan, kadang-kadang ada minuman makanan yang tertumpah ke lantai, dan menyebabkan kotor dan bersepah. Memang mereka akan mengemasnya, tetapi dalam satu masa yang agak membosan aku untuk menunggu bilik aku kembali kemas. kadang-kadang aku sendiri terpaksa mengemasnya. Bila aku cuba menegur, mereka akan menjawab dengan lantang sekali seolah-olah mereka tidak salah. Lama kelamaan aku sudah malas lagi untuk menegur semua itu. Bila aku tegur dengan agak keras mungkin mereka akan terasa, kawan la katakan, aku hanya sabar dan tenangkan diri sendiri. Kadang-kadang aku terpaksa keluar bilik aku sendiri kerana serabut dengan kawan-kawan aku yang entah apa-apa itu.

Apa yang dia tahu bila masuk bilik aku hanyalah tahu pasang lagu dari laptop kuat-kuat, main game bising macam kalo menang dapat sejuta, kemudian bersembang entah apa-apa.

Kebanyakan kawan kami memang tak sukakan dia sebenarnya, tetapi apakan daya, dia adalah classmate roomate ku. Jika saudara pembaca dengar dia berbual pun, sudah pasti saudara akan berfikir dua kali akan kepelikan dia berbual macam tak ingat dunia.

Sebenarnya ada lagi yang buat aku kurang selesa dengan kawan-kawan aku, tetapi apa yang aku ceritakan itu adalah yang paling kritikal. Aku tulis ni pun hanyalah sebagai luahan hati.

Aku tahu, roomateku memahami keadaan aku, dan kadang dia juga cuba mengawal rakan sekelasnya itu. Sejak kebelakangan mulut aku juga sudah menjadi agak lantang, jadi mereka yang buat bising n sepah-sepah itu mungkin sudah memahami.

Terima kasih roomate. hahaha

Sunday, November 9, 2008

EXAM

Hai. Sekarang saya berada dalam masa yang agak sibuk kerana saya perlu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada peperiksaan yang sedang berjalan. Satu kertas telah selesai, dan alhamdulillah aku telah berjaya menjawab dengan baik sekali.

Tidak terlambat lagi sekiranya kita sama-sama mendoakan kejayaan saya dan kawan-kawan saya.hehehe. Masih ada lagi beberapa kertas, iaitu Perkembangan Sejarah Negara, Geografi dan Pergerakan Asas.

Harap saya dapat jawab dengan baik sekali. Ameen.