Pantai Bari. Pantai ini sememangnya merupakan antara pantai yang menarik di Malaysia. Lokasinya terletak di persisiran pantai Terengganu kira-kira 60km dari Kuala Terengganu. Jika anda berminat untuk berekreasi bersama keluarga di pantai ini, anda bolehlah melalui jalan pantai Kuala Terengganu - Kota Bharu. Namun bagi mereka yang pertama kali mengunjung, jika anda mencari pantai ini dari jalan raya utama, sudah pasti anda tidak menjumpainya. Ini kerana, untuk ke pantai ini anda perlu melalui satu jalan perkampungan sejauh 1.5km dari jalan utama.
Oleh kerana pantai ini agak terlindung dari pandangan utama, maka ramailah yang kurang mengenalinya. Akan tetapi, sebenarnya, pada hujung minggu, pantai ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkeluarga untuk mandi manda, berehat, mahupun berkelah. Ianya menjadi pilihan utama kerana pengunjung akan mendapat lebih privacy terutama bagi kaum hawa.
Pasir yang memutih, air yang jernih biru kehijauan, pastinya menggamit kedatangan pengunjungnya. Amat bersesuaian untuk tujuan perkelahan dan aktiviti yang bersesuaian.
Pada musim di luar monsun timur laut, pengunjung boleh lihat beberapa buat bot nelayan yang sedang mencari rezeki. sememangnya pantai di persisiran terengganu amat kaya dengan sumber lautnya. Antaranya ialah ikan, pari, udang, juga sotong. Jika musim candat sotong, anda boleh mengikuti para nelayan di sini untuk turun ke laut pada malam hari untuk mencandat sotong. Anda boleh melihat suasana yang begitu bercahaya pada musim candat sotong seolah-olah satu pesta cahaya sedang diadakan di tengah laut.
Kehadiran penyu yang datang bertelur juga menambahkan lagi tarikan pengunjung di pantai ini. Boleh dikatakan setiap malam akan ada penyu yang mendarat untuk bertelur di pantai ini. Tetapi jika anda mahu menyaksikannya, bukanlah satu perkara yang senang kerana kita tidak tahu, di mana dan pukul berapa ianya akan mendarat. Anda perlulah bersengkang mata dan berjalan beberapa KM untuk menyaksikannya. Pantai ini menjadi tempat penyu mendarat memandangkan pantainya yang terlindung dari cahaya lampu pada malam hari. Sebenarnya, kawasan penyu mendarat ini ada penjaganya, iaitu Jabatan Perikanan Malaysia dan World Wide Fund. Segala urusan berkaitan penyu adalah diselia oleh 2 badan tersebut. Tetapi, telur penyu ini menjadi bebas untuk orang awam setelah tamat tempoh kontrak penjagaannya. Ini menjadi peluang kepada orang awam yang ingin mendapatkan telur penyu free hasil bumi sendiri. Penulis juga telah berpeluang manyaksikannya dan merasai telur penyu yang segar ini.
Dalam keasyikan kita menghayati keindahannya, sebenarnya di pantai ini juga pernah terjadi beberapa insiden yang telah mencemarkan nama baiknya serta penduduk tempatan. Di pantai ini merupakan salah satu lokasi maksiat hujung minggu bagi pasangan yang sedang asyik bercinta. Ini kerana lokasi pantai ini yang agak terlindung dari pandangan orang awam dan juga jauh dari penempatan orang kampung. Akan tetapi, dengan inisiatif yang diambil oleh pemuda tempatan, terdapat juga serbuan-serbuan dan rondaan yang dilakukan bagi mengelakkan perkara terkutuk menjadi berleluasa. Mereka yang ditangkap akan diserahkan kepada pihak yang berwajib.
Selain kejadian itu, di pantai ini juga pernah dijadikan sarang penagih dadah dan juga yang paling dahsyat sekali ialah tempat berlakunya kejadian rogol yang melibatkan 5 lelaki merogol seorang dara. Semua kejadian ini adalah dilakukan oleh orang dari kawasan lain yang secara tidak langsung memburukkan nama Pantai Bari yang indah serta penduduknya.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang bersesuaian perlulah diambil bagi mengatasi semua masalah ini. Pihak yang berkenaan seperti JKKK dan AJK masjid perlulah memainkan peranannya dalam menjaga keharmonian dan menjauhkan dari bala yang mungkin melanda.
3 comments:
PANTAI MMG COMEY LOTE... KHAZANAH YG BLM TERUSIK...
Nor.....izan
Saya juga suka pantai Bari, memang cantik.
Syed Aljufri
kepada tuan punya blog..
sungguh cantik Pantai Bari.harap suatu masa dapat ke sana
Post a Comment