Wednesday, March 30, 2011

Disengat tebuan, Pertama kali naik ambulan.

Kali ini penulis ingin menceritakan peristaiwa malang yang menimpa penulis.

Pada senja jumaat lepas, bapa saudara yang mentewa rumah orang tua penulis di depan ruman kami telah meminta penulis membersihkan laman rumah yang terdiri dari daun pokok paku yang tua, daun kelapa, dan juga sampah yang agak semak di laman rumah kami. Oleh itu, penulis yang sememangnya meminati akan laman yang kemas dan rapi, penulis dengan berkopiah, t-shirt, dan seluar jeans biru lusuh turun ke laman rumah dengan membawa gergaji dan pemotong dahan untuk mengerat apa yang patut.



Penulis telah memulakan dengan memotong daun pokok paku yang tua dengan menggunakan gergaji. oleh kerana pokok paku agak tinggi, jadi penulis tunduk berada di bawah daun pokok paku sambil memotong daun yang tua. Setelah beberapa pelepah dikerat, kopiah penulis tersangkut di duri pelepah pokok paku, lalu menyebabkan kopiah terjatuh dari atas kepala penulis.

Penulis menunduk untuk mengambil kopiah yang terjatuh, tiba-tiba terasa seperti ada serengga seperti tebuan tanah menghinggap di atas kepala. Lantas penulis mengibas tebuan tersebut, akan tetapi masih ada lagi seekor datang menghinggap di atas kepala menulis menjadikan dua ekor tebuan telah menyengat di atas epala penulis.

Terasa kebas dan berdenyut yang teramat sekali, sehinggakan terkeluar air mata penulis menahan kesakitan yang teramat sekali itu. Dalam keadaan yang amat terseksa ini, penulis telah mendapatkan panadol sebagai penahan sakit. Tetapi kepala yang berdenyut dan kebas ini masih lagi belum hilang.

Oleh kerana tidak sanggup dan bimbang jika berlaku kesan lain memandangkan bahagian yang terkena sengatan adalah kepala, penulis membuat keputusan untuk ke klinik kesihatan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta. Apabila setibanya penulis di sana, penolong pegawai perubatan yang bertugas menanyakan
MA: Kat mana disengat?
Penulis: Di bahagian kepala.
MA: Berapa ekor?
Penulis: 2 ekor atau lebih, saya tidak pasti.
MA: Owh, kalau lebih dari seekor, awak perlu ke hospital besar (HSNZ, KT).
Penulis; Betul ke?
MA: Ya betul, pergi dengan ambulan akan hantar.

Dalam hati penulis,.... naik ambulan? hospital besar? hebat betul sengatan tebuan. Sememangnya sengatan tebuan memang berbisa, ada kes yang sehinggakan membawa maut.

Semasa di klinik, penulis disuntik di bahagian bahu kiri dan kanan. satu saluran untuk menyalurkan air juga dicucuk di pergelangan tangan kanan.

beberapa minit kemudian, ambulan tiba di hadapan wad kecemasan, dan penulis diminta naik ambulan. Penulis ditemani seorang jururawat. Inilah merupakan pertama kali penulis naik ambulan. Dengan bunyian 'pong peng pong peng', ambulan bergegas ke HSNZ.

Penulis tiba di HSNZ di wad kecemasannya. baru saja awal bulan ini, penulis datang ke wad kecemasan kerana abang penulis meninggal. Masih terbayang raut wajah arwah terlunjur di atas pengusung.

Sesampainya di hospital, doktor yang bertugas telah memeriksa tempat disengat. Kemudian doktor telah mengarahkan jururawat memasukkan air melalui pergelangan tangan yang telah dicucuk tadi. Pada masa itu, denyutan dan kekebasan masih lagi terasa. semasa di atas katil pesakit, tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya kepala penulis. Mengiring, terlentang dan bermacam lagi, namun sakit tetap tidak hilang. Amat menguji kesabaran.

Setelah selesai dan habis air sebotol air, penulis diberi ubat dan boleh pulang. Pada hari tersebut, abang penulis yang bernama fakhrurazi berada di KT, dan penulis meminta beliau mengambil penulis di hospital dan pulang ke kampung.

memang sungguh mujarab perubatan yang diberikan oleh pihak klinik dan hospital dengan izin alllah yang maha berkuasa, hanya beberapa jam kemudian, rasa berdenyut dan kebas kepala penulis telah beransur berkurang dan hilang sepenuhnya.

Jika tidak menerima rawtan segera, penulis berkemungkinan terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lama lagi, dan mungkin membawa maut. Namun dengan kuasa Allah melalui pegawai perubatan dan doktor, akhirnya keadaan penulis kembali stabil.

Inilah pengalaman petama penulis menerima rawata yang serius dari pihak hospitan sehinggakan dapat naik ambulan.

No comments: