Saturday, June 29, 2013

HADIAH HARI GURU PASUKAN FUTSAL SK POS RAYA

Alhamdulillah, tanggal 16 mei kembali lagi  bagi tahun 2013. Tahun ini merupakan tahun ke dua bagi penulis berada dalam arena seorang pendidik. Terlalu sedikit bekalan pengalaman yang ada untuk mengajar murid-murid, tambahan pula bagi murid istimewa seperti orang asli. Tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman amat diperlukan selain daripada mencipta sesuatu yang baru. Anda perlu cuba datang ke sekolah penulis untuk lihat sendiri situasinya. Pasti menarik. Pelbagai telatah dan karenah yang menghiburkan boleh dirasai di sini walaupun kadang-kadang dalam perasaan yang boleh dikatakan pada tahap 'burn out'. Lihat saja gambar-gambar di bawah ini.








Padasambutan hari guru kali ini, penulis bersama rakan-rakan sempat mengambil bahagian dalam aktiviti hari guru peringkat Kinta Utara. Kami sempat menyertai kejohanan futsal sempena hari guru bagi peringkat Kinta Utara. Dengan kekuatan pemain hanya 6 orang sahaja iaitu 4 dari SKPR manakala 2 lagi diimport dari sekolah Sri Mutiara dan Rapat Setia. Kami bermain sebagai pasukan bukan pilihan dan nasib kami kurang baik kerana diundi satu kumpulan dengan 2 pasukan hebat iaitu wakil JPN Perak dan SMK Anderson Ipoh.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus beraksi sehabis baik. Hasilnya kami telah berjaya menundukkan SMK Anderson, manakala seri dengan pasukan JPN. Alhamdulillah, kami layak ke peringkat suku akhir dan menang lagi menentang Sekolah Maahad Al-Ulum. Pada peringkat separuh akhir pula, kami berdepan pasukan SK Kg Pasir Puteh dan kami juga menang walaupun setelah tendangan penalti.  
Peringkat akhir merupakan saat yang memenatkan kerana telah kehabisan tenaga dalam perlawanan sebelum ini. Apa yang kami tahu hanyalah bermain sebaik mungkin. Pasukan lawan kami dari SK Haji Mahmud yang merupakan pasukan yang hebat dan kuat. Kalau orang Terengganu, mereka cakap 'tebeng', bermaksud paksa juga untuk menghabiskan perlawanan. Malang nasib kami pada separuh masa pertama gawang kami telah bolos 2 gol. Gelap harapan untuk juara. Namun kami tetap bermain tanpa putus asa, hasilnya kami dapat menyamakan kedudukan dengan jaringan gol pada minit terakhir sebelum wisel ditiupkan. Maka dengan itu pemenang akan dikira berdasarkan tendangan penalti. Dengan kuasa Allah, ditakdirkan kami telah berjaya dalam tendangan tersebut dan dengan itu juara kejohanan tersebut bagi tahun 2013 jatuh kepada SK Pos Raya.

Penulis merasakan kejuaraan ini sebagai satu kejuaraan yang merupakan hadiah amat bermakana bagi kami dan sekolah kami. Jumpa lagi sang Hari Guru pada tahun hadapan. Insyaa Allah.


 Faris makhtaruddin, Izyan Hazalan, Muhammad Aizuddin, Shahidin Abu Nazri, Penulis, Shahrul (tiada dalam gambar)
 perlawanan akhir, SKPR vs SKHM

Tendangan berbisa dari Kapten, Muhammad Faris Makhtaruddin Hensem

1 comment:

Anonymous said...

tahniah hensem. suruh faris sapu ubat.