Sunday, April 12, 2009

Kesinambungan 'Earth Hour'

Apakah yang telah anda lakukan ketika kempen earth hour dijalankan? adakah juga turut memadamkan semua suis ditempat anda? atau anda sekadar menonton orang lain melakukannya?
Tahniah bagi mereka yang telah menjayakannya dengan turut serta memadamkan lampu terutamanya dan suis-suis lain dan bagi mereka yang yang hanya melihat orang lain berbuat demikian, harap berfikir lebih panjang lagi akan pengertiannya bermula hari ini.
Bagi mereka yang turut menjayakannya, sejauh manakah kesinambungannya untuk kehidupan pada hari ini? Apa yang saya dapat lihat disekitar tempat tinggal saya, mereka yang turut menjayakannya hanyalah memadamkan lampu sekadar ikut-ikut orang sahaja. Perkara ini amatlah meneydihkan kerana mereka ini tidak benar-benar mengerti apa yang telah mereka lakukan. Mereka seharusnya tahu bila mereka perlu memadamkan lampu, suis-suis lain, dan bila mereka memerlukannya.
Jadi, program atau kempen ini sebenarnya tidaklah memberikan kesan yang berpanjangan dan hanya bersifat seketika. Tiada tindakan susulan dari orang ramai. Diharap akan ada lebih banyak earth hour di masa akan datang. Buat pengetuhuan semua, penulis telah mengamalkan setiap kali keluar bilik dengan menutup semua suis kipas dan lampu selepas earth hour dengan lebih berkonsisten lagi. Diharap akan ada teman-teman penulis yang akan mengikutnya suatu hari nanti.

1 comment:

Muhammad Hilmi bin Mohd Hamdan said...

berk..lama tak contact mu. col mu tak leh. ni no aku- 0136280179
hilmi-albesuti.blogspot.com