Salam... TAdi, 11 april 2009 saya telah terlibat dengan satu program khidmat sosial iaitu program mendekati warga emas di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin,Pengkalan Chepa, Kelantan. Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman yang berharga yang telah saya perolehi. Antaranya ialah saya bersama-sama beberapa orang kawan telah menyelami hati seorang warga emas lingkungan 70 an yang telah melalui sebuah kehidupan yang penuh kenangan sehinggalah beliau berada di rumah warga emas tersebut.
Ayah Su telah berada di rumah tersebut disebabkan terdapat masalah dari segi penjagaan oleh anak-anak yang mengabaikannya setelah beliau lama berpisah dengan isterinya. Menurutnya, mereka, ayah su dan isterinya telah terkena buatan orang yang menyebabkan mereka saling membenci dan bercerai semenjak 10 tahun yang lalu. Setelah berpisah dengan isterinya, beliau yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika itu telah membawa diri ke merata tempat, antaranya Pahang, Singapura, Kedah dan Johor untuk mencari rezeki dan memberi nafkah kepada anak-anaknya.
Namun setelah sekian lama merantau, tulang empat keratnya akhirnya sudah tidak upaya lagi. Beliau telah membuat keputusan untuk melakukan kerja amal dengan tinggal disebuah surau di Kelantan. Setelah beberapa lama di surau tersebut, orang kampung di mana ahli kahariah surau tersebut telah membuat keputusan untuk menghantarnya ke rumah warga emas yang kami lawati atas alasan supaya ayah su mendapat penjagaan yang lebih elok.
Pada pemahaman saya, anak-anaknya kurang pedulikannya, kecuali hanyalah anak bongsunya yang kini berumur 18 tahun. Ketika mula berpisah dengan isteri dan anak-anaknya 10 tahun yang lalu anaknya yang bongsu(darjah 2 pada 10 tahun yang lalu) telah berkata ' abah, abah kene duduk dengan adik bila adik dah kerja nanti ye'. Ayah Su teramat terharu dengan kata-kata anaknya yang sekecil itu sedangkan anaknya yang tidak mengajak abahnya tinggal bersama mereka walaupun dah bekerja. ini menunjukkan akan kesungguhannya untuk menjaganya ayahnya dan sayang adik pada abahnya. Mungkin kerana perasaan benci suatu ketika dulu masih lagi menebal pada kakak-kakak dan abang-abangnya. Tetapi perasaan benci tersebut tidak terdapat pada anak bongsunya kerana berkemungkinan sewaktu bercerai dulu adik tidak mengerti apa itu benci. Saya berharap, anaknya yang bongsu ini akan betul-betul menunaikan janjinya pada abahnya.
Ayah Su selalu mengingatkan anak yang bongsunya ini supaya belajar-belajar bersungguh-sungguh jika mahu menjaga abahnya suatu hari nanti. Kisah ini membuatkan saya terfikir jika perkara turut berlaku ke atas diri saya sendiri. saya harap saya akan dikurniakan anak yang soleh, dan dijauhi dari perkara yang malang sebagaiman yang telah berlaku keatas diri Ayah Su.
Jadi kepada kawan-kawan sekalian, hargailah kedua ibu bapa kita sebaik-baiknya, jangan biarkan mereka terabai. Siapalah kita jika tidak kerana mereka.
No comments:
Post a Comment