Monday, May 4, 2009

Kembara Sosial- Politik dan Kerajaan

16-18 April 2009- Penulis bersama-sama rakan sepengajian telah mengadakan satu lawatan sosial ke Kuala Lumpur di bawah subjek Politik Dan Kerajaan. dalam rombongan ini kami telah ke beberapa tempat yang jarang boleh didapati orang lain jika tidak melalui aktiviti yang formal. Tempat tersebut ialah Parlimen Malaysia yang terdapatnya Dewan Negara dan Dewan Rakyat dan UKM yang mana kami telah mengadakan diskusi dengan Profesor Madya Dr. Mohammad Agus b. Yusof berkaitan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia, berserta isu-isu politik semasa.

Semasa di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kebetulan pada hari tersebut tiada perbahasan kerana sesi perbahasan baru sahaja berakhir beberapa minggu sebelum kami datang. Ianya merupakan satu kerugian yang amat besar kerana tidak dapat melihat bagaimana sesi perbahasan diadakan di depan mata, namun kami tetap gembira kerana kami telah berpeluang mengambil gambar serta duduk di beberapa kerusi yang menjadi pilihan. Antaranya ialah kerusi Permatang Pauh, kerusi Marang, kerusi Bachok, kerusi Kepala Batas, dan juga kerusi Pekan. Tetapi pada pemerhatian penulis, penulis mendapati lebih ramai antara kami yang telah mengambil gambar di bahagian pembangkang berbanding di bahagian kerajaan. Kami juga turut dibawa ke Dewan Negara yang menjadi tempat senator-senator menggubal undang-undang. Di dalam dewan ini juga kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kerusi seperti Dato' Jins Shamsudi, serta beberapa senator lain lagi. Sepanjang lawatan ini, kami telah diberi penerangan oleh pegawai parlimen. Terdapat juga beberapa persoalan panas yang diajukan, tetapi kebanyakan tidak dijawab demi kepentingan bersama.   

Pada hari sebelah petangnya pula kami telah ke UKM untuk satu sesi diskusi bersama Prof. Madya Dr. Mohammad Agus b. Yusof. Bersama-sama beliau juga turut memberi perhatian ialah Dr Kartini yang juga merupakan seorang pensyarah politik di UKM. Dalam perbincangan kami, kami telah diberikan serba sedikit berkaitan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia. Munurut kedua-dua pensyarah ini, di Malaysia, pengasingan kuasa hanya berlaku di atas kertas sahaja, di mana sebenarnya terdapat invisible hand berada di belakang setianp cabang kuasa yang terdiri daripada Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman. Negara kita tidak seperti di Amerika dan British yang juga mengamalkan pengasingan kuasa. Jika kita lihat di sana pemimpin tidak kebal dan boleh didakwa. Tetapi jika di Malaysia, kita jarang sekali mendengar ada pemimpin teratas yang didakwa ini kerana pemimpin teratas ini mempunyai kuasa yang amat besar sekali di belakang setiap badan kuasa yang terdapat di Malaysia. Kami juga turut bertanyakan mengenai permasalahan yang timbul di Perak yang menyebabkan rakyat menjadi keliru. Menurut beliau, selagi adanya campur tangan 'orang politik' di Perak, selagi itulah ianya tidak akan selesai. Ini bererti perkara tersebut perlu diselesaikan melalui membuat rujukan kepada perlembagaan, undang dan mahkamah dalam membuat keputusan tersebut. Sehinggan hari ini, kedua-dua menteri besar tidak menerima sebarang gaji atas nama seoarang MB. 

Berhubung kenyataan speaker dewannya pula, beliau telah menegaskan bahawa penggantungan enam exco dan Mb perak dari BN adalah sah dan ianya perlu dipatuhi. Keputusan speaker adalah keputusan yang tertinggi yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah menurut perlembagaan Malaysia. Ini adala bertentangan sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh BN di Perak dalam merampas pemerintahan di Perak. 

Sebagai penutup, Profesor Agus telah menegaskan bahawa kita boleh lihat apa yang terjadi pada BN pada PRU akan datang jika mereka masih lagi berkeadaan seperti hari ini. Kata-kata renungan darinya' Jangan lacurkan ilmu yang kita ada demi kepentingan sesetengah pihak mahupun kepentingan diri sendiri'. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Dari lawatan ini kami telah mndapat pelbagai input yang berguna untuk lebih memahami sistem politik dan kerajaan di Malaysia mahupun di negara lain.

6 comments:

Ami Farhani MNA said...

bagus2

Ami Farhani MNA said...

bagusla dapat peluang berdiskusi begitu. mesti dapat membuka sikit fikiran di samping ilmu yg diperolehi tu..

Ami Farhani MNA said...

saya tau pasal ayah dayana tu. em, sori balas kat sini plak sebab awk takde shoutbox

Nafastari said...

Nice entry! This doctrine of separation of powers i.e. executive, legislative & judiciary, has been my favourite topic when I study subject of constitutional law. And since then I realised how "good" the government is.

Ami Farhani MNA said...

nanti kalau berziarah tu..sampaikan salam kami yg jauh2 ni ye

wanahaf said...

Ami Farhani,
ya, saya dapat ilmu secara langsung dgn seorang yang pakar dalam politik, dan telah dapat memahamkan fikiran saya berkaitan isu politik pada hari ini.2 jam berdiskusi rasa seperti setengah jam, sangat menarik penjelasan yang diberikan.

Nafastari,
ya, saya akan lebih banyak menulis mengenai politik selepas ini, sebab saya ada serba sedikit ilmu tentang politik. walau bagaimanapun saya mesti berhati0hati agar apa yang saya sampaikan lebih rasional lagi.