Thursday, May 7, 2009

Perlembagaan DiLacur Lagi Pada Sidang Dun Perak

Tergerak di hati penulis untuk menulis lagi berkaitan politik. Bermula Jam 9.00 pagi tadi penulis telah mengikuti laporan yang telah dikeluarkan oleh website http://malaysiakini.com dan blog saudara YB Titi Serong(http://idhamlim.blogspot.com) Sehingga sekarang masih lagi mengikutinya. Penulis mendapati perlembagaan semakin dilacurkan demi kepentingan puak-puak tertentu. Arahan speaker dewan sudah tidak dihiraukan seolah-olah tiada apa-apa kuasa lagi. Lebih buruk lagi apabila speaker yang sah diseret keluar dewan oleh segerombolan polis yang masuk ke dewan. Semua ini sepatutnya tidak berlaku. Pihak BN telah melantik seorang speaker baru walhal V Sivakiumar masih lagi speaker yang sah. Semua ini telah terjadi apabila BN tidak lagi mendaulatkan perlembagaan. 

Kenapa penulis berkata demikian? Sebabnya senang sahaja, di dalam perlembagaan ada menyebut bahawa keputusan speaker dewan tidak boleh didakwa oleh sesiapa pun di mana-mana mahkamah sekalipun. Ini bermakna semua yang V Sivakumar lakukan adalah betul menurut di sisi undang-undang. Jadi kenapa BN perlu pandai-pandai bawa kes itu ke mahkamah? Kenapa gatal sangat nak lantik speaker baru sedangkan V Sivakumar belum lagi letak jawatan? Siap bawak masuk geng2 entah dari mana datangnya semata-mata nak bawak keluar Sivakumar keluar dewan. Memang jahat. Memang betul kata orang, mereka ini sanggup menidakkan apa yang betul dan membetulkan apa yang salah demi kepentingan puak-puak mereka.

Bagi penulis, kalaulah BN bersifat gentlemen, bubar saja dewan, kita tengok rakyat pilih siapa. Kata negara demokrasi. Kalau memang rakyat pilih BN, teruskan je la memerintah, kalau kalah, kalah la. Apa boleh buat, dah rakyat tak suka. Terima je lah. Insaflah wahai BN. Diharap harapan Raja Muda kepada DS Nizar tidak hanya ternoktah semasa sidang tadi sahaja, harap ada tindakan susulan yang boleh menjernihkan dan mendamaikan kedaan yang makin tegang ini. Moga tuanku sekluarga hidup dirahmati.

8 comments:

Ami Farhani MNA said...

kerana kuasa, manusia sanggup buat apa saja..
entah apa nak jadi pulak lepas ni..haih~

Nafastari said...

Wah! Semakin tajam penulisan saudara. Ulasan yang bersahaja tetapi mengandungi banyak mesej. Saudara mempunyai potensi untuk menjadi penulis yang baik. Keep up the good work.

Muhammad Hilmi bin Mohd Hamdan said...

ya berk. aku rakyat biasa rasa malu tengok gelagat wakil Rakyat BN perak. kerana gila kuasa, sume bnde jadi jentera dia. polis, media, bentera dewan dll.. BN akan dihukum teruk PRU 13 ni. tengok le nanti!

Muhammad Hilmi bin Mohd Hamdan said...

mu click kat oggix.com kat shoutbox aku. dalam web tu. mu dftr account mu.pilih nak shoutbox,nant dia akan kluar step yang perlu mu wat. ikut je laa..lastly dia akan bg HTML code utk cbox tu, mu copy sume.

then, dalam account blogger mu, kat layout, klik kat add gadget, and klik kat add HTML. mu paste HTML code tadi ctu and save... selamat berjaya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Muhammad Hilmi bin Mohd Hamdan said...

register ar lu. klik kat get it now, isi bnda2 hak dia suruh.nanti kluar la arahan, mu faham rasanya nanti..try lu

lovelylilac said...

salam ziarah..

wah, isu hangat!
politik malaysia yang semakin menggila

bagi saya yang baru bertatih mengenal isu sebegini(politik)apa ya nasihat saudara? apa pula peranan kita selain mengikuti perkembangannya?

terima kasih daun keladi =)

wanahaf said...

ami farhani,
lepas ni negara kita akan jadi negara komunis la... xperlu adanye demokrasi da, semua kene ikut telunjuk Be End coming soon then PR akan memerintah la.

Nafastari,
terima kasih di atas kesudian saudara membaca blog saya. saya pun sedang menunggu komen saudara pasal isu ini. harap saudara boleh bagi sedikit ulasan mengenainya.

muhammad hilmi,
benda yang dia lakukan memang rakyat boleh faham sendiri. xperlu kita nk jelas pnjg lebar lagi. benda dah nyata dan terang, bila rkyt dah sedar dan faham, hbs la BE End ni nant.

lovelylilac,
terimakasih kesudian saudari mengunjungi blog saya yang x seberapa ini. saya pun x tahu la, tp dgn ikut perkembangan itu pun sudah memadai.cume kalo saya, saya akan mengikutinya di internet dan saya akan balik ke kg, saya akan menceritakan kepada orang kg akan kebenaran sesuatu cerita itu pula. org kg kdg2 kurag sumber, asyik tgk tv3, tv2,tv1, utusan, berita harian.

Ami Farhani MNA said...

sori saya cakap kat sini sebab ada masalah nak shout kt shoutbox..

saya tag awak..kalau rajin buatla ye

silake entri saya ni

http://masihmanusia.blogspot.com/2009/06/tagged-by-onee.html