Monday, October 25, 2010

Are you a bonsaist?


Salam bonsai buat teman sekalian.
Penulis tertanya-tanya dan selalu bermain di fikiran, 'who are the bonsaist?' Siapakah 'pembonsai'?
Penulis pernah membaca satu artikel atau buku sari internet yang telah dicetak oleh aeorang rakan penulis tentang A Bonsaist. Apa yang penulis dapat fahami ialah seorang bonsaist itu adalah seorang yang sanggup bangun di awal pagi, berjalan beribu-ribu kilometer dalam mendapatkan bonsai. Dalam mendapatkan bonsai itu, seorang pemain itu terpaksa menmpuhi berbagai-bagai rintangan seperti hujan, meredah semak, hutan, gunung ganang, bukit bukau, dan sebagainya. Setelah bersusah payah, barulah pemain tersebut mendapat bonsai yang diinginkan. Menakjubkan pemain bonsai tersebut dan barulah dia layak digelar a bonsaist.
Sebenarnya ianya tidak terhenti di situ sahaja, terdapat kesinambungannya. Seorang pemain tersebut perlu mempelajari teknik dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam membentuk bahan yang telah diperolehi.
Sesiapapun mampu memiliki bonsai dengan adanya wang ringgit. Akan tetapi kita akan merasa amat berpuas hati sekiranya bonsai yang kita miliki itu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Bermula dari peringkat awal kita mendapatkannya, dan hinggalah pokok tersebut telah menampakkan hasil yang diinginkan. Anda akan merasakan kepuasan yang infiniti dengan memperolehi bonsai hasil air tangan anda sendiri.
Namun semua ini adalah subjektif. Penilaian sesorang itu terhadap apa jua bentuk seni adalah subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing.
Bagi penulis, anda akan digelar sebagai bonsaist sekiranya anda memiliki bonsai dari air tangan anda sendiri dan mendapat kepuasan yang infiniti.

Cucur atap di atas telah diperolehi oleh penulis di Kolam Belibis, salah satu tempat yang paling terkenal bagi pemain bonsai cucur atap. Pokok ini telah berusia 3 tahun, dan belum siap. Penulis telah berjalan kaki sejauh 2km dalam mendapatkan pokok ini. Berbagai rintangan dihadapi seperti panas terik, berjalan kawasan paya, dan perjalanan yang jauh. Namun, dengan semangat bonsai yang tinggi, berjaya juga pokok ini sampai di rumah penulis dan ditanam. Pokok ini masih dalam proses.
Adakah penulis layak dipanggil Bonsaist???? Terserah pada penilaian masing-masing.

No comments: