Monday, October 25, 2010

Are you a bonsaist?


Salam bonsai buat teman sekalian.
Penulis tertanya-tanya dan selalu bermain di fikiran, 'who are the bonsaist?' Siapakah 'pembonsai'?
Penulis pernah membaca satu artikel atau buku sari internet yang telah dicetak oleh aeorang rakan penulis tentang A Bonsaist. Apa yang penulis dapat fahami ialah seorang bonsaist itu adalah seorang yang sanggup bangun di awal pagi, berjalan beribu-ribu kilometer dalam mendapatkan bonsai. Dalam mendapatkan bonsai itu, seorang pemain itu terpaksa menmpuhi berbagai-bagai rintangan seperti hujan, meredah semak, hutan, gunung ganang, bukit bukau, dan sebagainya. Setelah bersusah payah, barulah pemain tersebut mendapat bonsai yang diinginkan. Menakjubkan pemain bonsai tersebut dan barulah dia layak digelar a bonsaist.
Sebenarnya ianya tidak terhenti di situ sahaja, terdapat kesinambungannya. Seorang pemain tersebut perlu mempelajari teknik dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam membentuk bahan yang telah diperolehi.
Sesiapapun mampu memiliki bonsai dengan adanya wang ringgit. Akan tetapi kita akan merasa amat berpuas hati sekiranya bonsai yang kita miliki itu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Bermula dari peringkat awal kita mendapatkannya, dan hinggalah pokok tersebut telah menampakkan hasil yang diinginkan. Anda akan merasakan kepuasan yang infiniti dengan memperolehi bonsai hasil air tangan anda sendiri.
Namun semua ini adalah subjektif. Penilaian sesorang itu terhadap apa jua bentuk seni adalah subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing.
Bagi penulis, anda akan digelar sebagai bonsaist sekiranya anda memiliki bonsai dari air tangan anda sendiri dan mendapat kepuasan yang infiniti.

Cucur atap di atas telah diperolehi oleh penulis di Kolam Belibis, salah satu tempat yang paling terkenal bagi pemain bonsai cucur atap. Pokok ini telah berusia 3 tahun, dan belum siap. Penulis telah berjalan kaki sejauh 2km dalam mendapatkan pokok ini. Berbagai rintangan dihadapi seperti panas terik, berjalan kawasan paya, dan perjalanan yang jauh. Namun, dengan semangat bonsai yang tinggi, berjaya juga pokok ini sampai di rumah penulis dan ditanam. Pokok ini masih dalam proses.
Adakah penulis layak dipanggil Bonsaist???? Terserah pada penilaian masing-masing.

Sunday, October 24, 2010

Petanda Banjir Besar



  1. Tebuan membina sarang lebih tinggi. Menurut kata orang-orang tua, kalau tebuan membina sarang ditempat yang tinggi, berkemungkinan banjir besar akan berlaku. Ini adalah amat bersesuaian sekali kerana tebuan telah membuat persediaan awal menghadapi banjir yang akan berlaku.
  2. Semut gatal(sejenis semut berwarna merah, gatal apabila terkena gigitan semut ini) membina sarang ditempat yang tinggi, bukan dalam tanah.
  3. Cacing banyak dipermukaan tanah. Berkemungkinan di dalam perut bumi telah termendap banyak air, menyebabkan air hujan gagal diserap ke dalam bumi, dan menyebabkan berlakunya banjir.

Sudut Pandang Bonsai



Salam Bonsai. Dalam bermain bonsai, sudah anda perlu tahu asas-asas bagi bonsai. dalam post ini, penulis akan berkongsi dengan teman sekalian mengenai sudut pandang bonsai. Sudut pandang, exposed visual, muka, adalah suatu perkara yang sama.
Sudut pandang dalam bonsai bererti suatu tempat di mana kita ingin memperlihatkan bonsai kita pada orang ramai. Juga boleh dikatakan sebagai sudut tontonan orang ramai. dari sudut inilah bonsai kita akan kelihatan sempurna dan memukau pandangan orang ramai yang melihat.
Sudut pandang ini amat penting dalam menyembahkan apa yang ingin disamapikan bagi sepohon bonsai. Jika tersilap memilih sudut pandang yang bersesuaian, maka kita tidak dapat menyampaikan apa yang ingin kita persembahkan dari segi gaya yang ingin ditonjolkan, keunikan dan keharmonian bonsai tersebut.
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam memilih sudut pandang bagi suatu pohon bonsai. Cara menentukan sudut pandang bagi sepohon bonsai adalah berbeza-beza mengikut gaya yang diinginkan oleh pemiliknya. disini terdapat beberapat tips yang boleh membantu anda dalam menentukan sudut pandang suatu pohon bonsai.
  • pilih banir yang paling menonjol
  • lenggok batang yang paling menonjol
  • perdahanan yang melebihi 2/3 daripada pohon, bertujuan menonjolkan batangnya dan menyerlahkan susun atur daun bahagian lain
  • terdapat titik fokal yang unik, seperti jin, shari.
Sungguhpun begitu, terdapat juga cara yang lain dalam menentukan muka atau sudut pandang bagi suatu pohon bonsai.
Jika terdapat kesalahan dari segi isi di atas, pembetulan amat dialu-alukan.
Sumebr:Ust Anuar Alias.
P/s: mungkin terdapat tatabahasa yang salah dan penggunaan istilah yang salah, sama-sama baiki ye..