Thursday, July 23, 2009

Alhamdulillah, murah rezeki madu.






Alhamdulillah, setelah hampir sebulan penulis melibatkan diri dalam perniagaan madu lebah, penulis telah mendapat keuntungan yang agak lumayan. Keuntungan yang telah dapat menampung perbelanjaan harian penulis, 'topup', isi minyak motor, dan makan minum. Sekarang penulis telah pelbagaikan produk penulis kepada dua bentuk, iaitu dalam botol dan bekas. Di dalam botol macam biasa, ada madu sahaja dengan harga RM 28, manakala bagi yang di dalam bekas, penulis telah meletakkan madu berserta lilin atau sarang lebah dengan harga Rm 30.

Jika di institut penulis, pelajar lebih menggemari untuk memebeli yang di dalam bekas tetapi ada juga yang lebih menyukai yang di dalam botol.

Pada hari sabtu lepas penulis telah cuba untuk menjual di tepi jalan di hadapan rumah penulis. Dan jualannya agak baik sekali dengan cubaan pertama itu, sebanyak 8 botol madu telah terjual. Walaupun nilainya tidak banyak sepeprti menjual air sarsi atau air tebu, tetapi ianya sudah memadai memandangkan harganya yang agak tinggi dan kurang pembeli.

Mengapa harganya agak tinggi dan kurang pembeli?
Sebenarnya harga yang dikenakan itu sudah berpatutan. Oleh kerana ianya merupakan madu asli, modal yang diperlukan amat tinggi. Semua madu yang penulis jual ini adalah diperolehi dari pencari-pencari madu lebah sejak dahulu kala lagi di dalam hutan kampung penulis. Penulis pernah masuk hutan sekali dengan ayah penulis, laluan yang terpaksa dilalui amat sukar, ada paya, ada semak, ada serangga, dan macam-macam lagi yang terpaksa dilalui. Jika ada rezeki, ada madu yang dijumpai, jika tidak jumpa lebah yang mempunyai madu, maka pulanglah seorang pencari madu dengan tangan kosong sama seperti nasib penulis yang hanya mendapat penat sahaja. jadi dengan harga yang dikenakan itu adalah sudah memadai dan berpatutan.

Bagi sebab kedua iaitu kurang pembeli. Pembeli menjadi kurang memandangkan mereka berhati-hati dalam mebeli madu. Mereka amat berhati-hati dalam memilih madu yang asli bagi mengelakkan ditipu oleh si penipu madu yang suka menjual madu campur ataupun langung bukan madu atau lebih dikenali dengan madu tiruan. Sebenarnya terdapat pelbagai cara bagi menentukan samada madu tersebut asli ataupun tiruan. Antaranya adalah dengan menitiskan setitik madu di atas kertas kemudian ratakan madu tersebut, dan bakar kertas tersebut. Jika kertas itu terbakar bersama-sama madu, maka itu adalah madu asli. Ini adalah kerana jika madu tiruan, sudah tentu air akan digunakan bagi menambah jumlah madu, jadi jika madu tersebut mengandungi air, maka mana mungkin kertas itu akan terbakar. Sudah tentunya madu itu tidak akan terbakar. Itu adalah salah satu contoh bagaimana hendak menguji keaslian madu dengan mata kasar. Akan tetapi untuk mengujinya dengan lebih saintifik, maka madu itu perlu dibawa ke makmal kimia. Dan keputusan yang paling tepat akan diperolehi.

Buat masa sekarang, penulis ingin meluaskan lagi promosi madu lebah ini, kemudiannya jika perlu, penulis akan mendapatkan pasaran yang lebih luas di kedai-kedai makanan kesihatan dan lain-lain yang bersesuaian.

Sekarang penulis telah mendapatkan wakil penjual di pantai barat iaitu Serdang juga di Pasir Puteh, Kelantan. Jika mana-mana penggemar atau pemngamal madu lebah ini dari sekitar kawasan yang berdekatan, bolehlah mendapatkannya dari wakil penjual tersebut. Penulis juga akan mencari wakil-wakil pengedar dari bahagian lain juga bagi meluaskan pasaran madu lebah ini dan memudahkan para pembeli untuk mendapatkannya.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai madu lebah asli dari Kampung Bari.
Hubungi penulis-0145082140 Emeil-ahmadhafizuddin@yahoo.com ym-joshildivo

4 comments:

wanahaf said...

haha, thanks a lot.help me to promote my honey bee k? hehehe.

hilmi said...

kayo lu bro.. kaya!!
buleh gi mekah balik ari doh pahni..haha

wan storm said...

jange lupo simpan kawe 10 botol, 2 bekas dgn lilin, nanti kawe kelik belum poso ni ambik dan bayar ke demo deh...

wanahaf said...

bereh bos. insyaallah ado kawe simpan hok bhgn demo tuh.