Monday, March 23, 2009

Hanim Dan Neneknya

Kelihatan raket bertaburan di ruang tamu rumah. Lalu nenek berkata kepada Hanim(cucunya yang berumur 5tahun) dengan nada yang agak marah tentang raket yang bertaburan itu.
Nenek: Hanim, sape yang main raket badminton ni.
Hanim: Abang Hakim(abang kepada Hanim) yang main tadi, dia tak simpan lepas main tadi.
Sebenarnya hanim sendiri pun turut bermain raket tersebut. Tapi untuk menidakkannya, Hanim hanya cakap abangnya sahaja yang main oleh kerana takut kepada neneknya.
Nenek: (dengan nada yang agak marah) Cepat ambil raket ni, kalo tak simpan nanti nenek "tohok".
Dengan tergesa-gesa mengambil raket dan menyerahkannya pada paksunya lalu berkata, 'Nah pak su, ambil raket ni tohok' sambil matanya melihat pada dinding yang terdapat penyangkut. paksunya kebingungan kenapa la anak saudaranya menyuruh tohok raket tersebut sambil menunjukkan ke arah penyangkut di dinding sedangkan tohok itu bererti buang ke dalam tong sampah atau ke luar rumah.
Paksunya diam seketika. Rupa-rupanya Hanim tersalah tafsir akan perkataan tohok yang nenek sebutkan tadi. Nenek maksudkan tohok adalah buang raket tersebut, tetapi Hanim ingatkan neneknya akan simpan dengan menyangkut raket tersebut di penyangkut. Paksunya tergelak keseorangan dan menceritakan perkara itu pada ibunya dan neneknya. Semua orang tergelak dan nenek yang tadinya nak memarahi cucunya juga turut tergelak. Hahahahahaha.

2 comments:

Nafastari said...

Sian nenek, Hanim dan hakim dah balik KL..

wanahaf said...

hmm, kalau tidak ada jugak teman nenek untuk bersembang-sembang...