Wednesday, January 14, 2009

Aku yang sukakan kekalahan.

Semua orang pastinya akan merasakan apa yang aku rasa itu adalah pelik. Ini tidak dinafikan lagi kerana memang semua orang ingin kemenangan dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun begitu, bagi diriku, aku lebih sukakan kekalahan berbanding kemenangan. Itulah kenyataannya.
Aku merasakan begitu adalah kerana aku tidak suka orang lain memuji aku, dan aku sebenarnya kesiankan lawan atau pesaing aku itu. Aku tidak merasakan rugi jika aku kalah dalam sesuatu persaingan, malah aku akan bergembira kerana aku suka hati apabila lawan aku gembira. Jika aku memang benar-benar kalah, tidak mengapalah, tapi jika aku kalah kerana saja-saja buat kalah pun tak mengapa.
Sebagai contohnya dalam bermain squash yang merupakan sukan kesukaanku sejak kebelakangan ini, aku selalu turun pada waktu petang jika ada kelapangan untuk bermain dengan kawan-kawan. Ada antara kawan aku ini memang betul-betul pandai dari aku, dan ada juga kawan aku yang mampu aku kalahkan. Bila bermain dengan kawan yang kurang pandai dari aku, aku tidak akan terus mengasak lawanku, sebaliknya aku akan sentiasa memberi peluang kepada kawan aku itu untuk meneruskan permainan dengan moodnya yang baik. Dengan ini akan membuatkan kawanku bersemangat dan aku juga dapat menikmati satu permainan yang menyeronokkan. Kadang-kadang aku akan bermain sehingga aku akan kalah dan ada juga berakhir dengan aku yang menang.

No comments: