BONSAI adalah salah satu hobi yang menjadi kegilaan aku sekarang. Aku amat tertarik dengan hobi ini kerana dengan bonsai ini akan menunjukkan kepandaian, kekereatifan, dan kuasa imaginasi yang terdapat dalam diri seseorang penggubah dan pemilik bonsai. Bonsai yang menjadi kegilaan aku buat masa sekarang adalah dari jenis celoreng atap atau nama saintifiknya baeckea frutescens. Pokok dari jenis ini hanya banyak terdapat di beberapa tempat sekitar persisiran Laut Cina Selatan iaitu Setiu, Terengganu dan Cherating, Pahang.
Oleh kerana aku juga merupakan seorang yang tinggal di Setiu, jadi menambahkan lagi minat aku untuk menjadikan bonsai sebagai hobi utama. Sebenarnya aku masih baru dalam dunia bonsai ini. Jadi aku telah banyak mempelajarinya dengan berjumpa peminat-peminat bonsai yang berdekatan, contohnya dari Besut juga kawan-kawan sekampung. Aku juga turut mempelajarinya dengan membaca buku-buku, dan mengunjungi laman-laman web yang berkaitan dengan bonsai.
Aku sanggup menghabiskan tenaga yang banyak, tambahan di bulan puasa untuk semata-mata mencari pokok untuk dijadikan bonsai di dalam hutan yang berdekatan. Setip kali pulang kampung apada hujung minggu, aku pasti aku akan masuk ke hutan untuk mencari bonsai.
Sebenarnya hanya dalam 50% sahaja pokok aku yang hidup setelah dibawa pulang dan ditanam dalam bekas. Ibuku selalu memarahi aku, tapi aku buat tak tahu je. hehe. dah memang aku minat, letih pun tak pe.
Sekarang aku telah mempunyai beberapa pokok bonsai dari jenis celoreng atap, beruas busuk dan berangan. Buat masa sekarang ini aku hanya menunggu masa pokok aku betul-betul hidup dan kemudian aku akan mengubahnya untuk jadikannya bonsai.
No comments:
Post a Comment