Thursday, February 9, 2012

Perkahwinan ke 11

Alhamdulillah, telah selamat majlis perkahwinan yang ke 11 dalam keluarga W. Mohd + Mariam pada minggu lepas (2,3&4/2/2012). Perkahwinan itu satu sunnah dan kekanda Wan Ahmad Fakhrurazi telah selesai menyempurnakannya bersama pasanagn pilihan hatinya, Farah Farhana.

majlis akad nikah telah diadakan di rumah imam di Kg Merang yang juga merupakan saudara keluarga kami. Setelah majlis akad, kami dijemput untuk sedikit jamuan di rumah keluarga perempuan di Kg Rhu Tapai.

Keesokan harinya, tibalah majlis perkahwinan di rumah sebelah keluarga perempuan. majlis di sini diadakan secara agak besar-besaran dengan adanya tetamu yg agak ramai dan juga acara persandingan serta persilatan dengan diiringi gendang dan serunai. Agak meriah walaupun dalam suasana yang panas terik mentari.

Pada majlis di sebelah lelaki pula, majlis sambut menantu telah diadakan secara bersederhana dengan hanya menjemput orang kampung, saudara mara terdekat, dan sahabat yang rapat sahaja. Walaupun sederhana, tetapi 2 ekor lembu telah ditumbangkan bagi memenuhi jumlah kad jemputan yang telah diedarkan.

Semua pihak, terutama saudara mara, sahabat handai, dan juga orang kampung telah memberikan kerjasama dan majlis ini telah selamat diadakan dalam suasana gotong royong. Tidaka kira warna parti anda, kita tetap bersatu. hehe.

Semua adik beradik telah pulang bagi memeriahkan lagi suasana perkahwinan ini, kecuali yg ke4,ke3 dan ke10 yg telh kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Thank you.
-SK Pos Raya, 9,02,12-

No comments: