Wednesday, January 4, 2012

Motorcross






Dalam dunia hari ini, terdapat berbagai-bagai hobi yang menjadi kegilaan. Setiap hobi itu pula ada yang bermusim, ada yang berpanjangan, dan ada juga yang bersifat sementara.

Di Kampung Bari Besar, kampung penulis sememangnya terdapat pelbagai hobi yang boleh diceburi, cuma bergantung kepada diri seseorang untuk mencuba hobi itu. Minat merupakan satu perkara yang paling mustahak. Jika anda buat sesuatu, pastikan anda betul-betul meminatinya, kerana dengan itu barulah hadirnya satu kepuasan dalam diri anda dan ianya akan membawa kebahagiaan dalam diri. Selain minat, seseorang itu juga mestilah mempunyai peruntukan kewangan yang bersesuaian dengan pendapatan anda. Fikirkan apa yang menjadi keutamaan dalam hidup anda terlebih dahulu, kemudian barulah hobi anda.

Semenjak kebelakangan ini, kampung penulis telah dilanda satu fenomena hobi baru iaitu hobi terhadap MOTORCROSS/CUBCROSS.

Sebagai pengenalan, motor ini sebenarnya dimodifikasi dari motor jenis kapcai dan kemudian menjadi satu motor yang seakan sama seperti Motorcross. Motorsikal kapcai yang menjadi kebiasaan untuk di modifikasi adalah dari jenis Suzuki RG, Yamaha RXZ, Honda Cub, dan pelbagai jenis motor lain lagi yang boleh diubah mengikut kesesuaiannya. Antara jenis motorsikal tersebut, yang paling popular untuk dijadikan motorcross adalah dari jenis Suzuki RG yang dikatakan mudah diubahsuai.

Motor yang diubah ini biasanya dibeli dengan harga yang rendah di bawah RM1000 dan kebiasaannya motorsikal ini telah tersadai lama atau yang telah rosak. Dengan kemahiran yang ada pada mekanik motorsikal, mereka akan membaiki motorsikal ini, dan seterusnya mengubah bentuknya dan dijadikan sebuah motorcross. Anda yang mahu membeli motor dengan harga murah ini diminta berhati-hati, jangan terlalu mudah membeli kerana dibimbangi jika motorsikal yang dibeli itu adalah motorsikal.

Bagi kos menyiapkan sesbuah motorsikal ini pula,apa yang paling penting sekali adalah motorsikal yang ingin diubahsuai. Sebagaimana yang tercatat diatas, harganya dalam lingkungan RM500 kebawah. Kemudiannya adalah barangan yang diperlukan untuk membina kerangka motorcross yang terdiri daripada besi yang pelbagai jenis, serta alatan kimpalan untuk mencantumkan besi-besi tersebut. Juga diperlukan ialah aksesori lain seperti cover set, rim, tayar, dana sebagainya. Kos bagi bahagian tersebut dianggarkan lebih kurang RM1500 - RM2000. Dan ianya bergantung kepada kualiti barangan yang dipilih oleh pemilik. Bagi kos mekanik pula adalah lebih kurang RM500 ke bawah. Walaubagaimanapun, kos di atas boleh dikurangkan lagi mengikut kepandaian pemiliknya mendapatkan barangan tersebut.

Di kampung penulis, mereka telah mempunyai mekanik sendiri, serta alatan sendiri untuk mengubah suai motorsikal yang diinginkan. Satu workshop yang lengkap dibina bagi memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. dengan cara ini, kos untuk menyiapkan sesebuah motorsikal dapat dijimatkan lagi.

Motorsikal yang telah siap dibawa ke trek untuk dicuba dan seterusnya beraksi. Cara mereka 'bermain motorcross ini adalah sama seperti perlumbaan motorcross yang dapat dilihat di dalam televisyen. Mereka hanya berlumba untuk kepuasan semata-mata tanpa keuntungan dari segi wang.

Walaupun begitu, tidak pelik jika ada orang mampu menjadikan hobi ini sebagai satu hasil kewangan kepada mereka. Motorcross yang telah siap dimodifikasi mendapat permintaan dikalangan peminat motorcross. Sebuah motorcros yang telah siap boleh dijual sehingga mencecah RM3000 dan lebih.

6 comments:

HAQATE said...

kemah kemim!!!

wanahaf said...

sokmo kemas org Bari walau dimana saja berada.haha

Anonymous said...

tahniah ye penulis,teruskan usaha utk org kg ni trus m'bangun,perubahan perlu ada

Anonymous said...

ce cormfirm fren jp kt fb

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002446808194 said...

ce cormfirm fren kt fb.name deqwan matt ow

Anonymous said...

guna fork mtr apa