Nukilan buat seorang
Ibu yang bernama Mariam.
Mariam Binti Othman,
itulah nama seorang wirawati yang hebat dalam hidup aku. Banyak keistimewaan
nama yang sehebat itu. Bukan sekadar pada erti Mariam itu saja, malahan
terbukti melalui aksinya.
Seorang yang taat
pada Allah.
Sentiasa menekankan
nilai-nilai keislaman yang tinggi dalam keluarga. Amat mementingkan mengaji
al-quran dan solat kepada anak-anaknya. Anak diajarnya sndiri bersama ayah. Mereka
berdua sememangnya mempunyai asas agama yang kukuh kerana belajar di pondok
yang ternama sewaktu remaja mereka. Semua anaknya boleh dikatakan boleh membaca
al-quran walaupun tak begitu lancar. Mereka akan sentiasa memastikan anak-anak
membaca al quran dan solat fardu setiap hari dan setiap waktu semenjak dari
kecil hinggalah dewasa dan masing-masing boleh berfikir dengan waras untuk
menjalankan tanggungjawab dengan sendirinya. Mereka juga menerapkan nilai-nilai
keislaman kepada setiap anaknya. Hormat orang tua, jujur, adab dan adat dan
sebagainya.
Saat aku kecil…
Che seorang yang
sangat tabah dalam merancang rumahtangganya di samping seorang suami dan
anak-anak yang ramai. Banyak yang dikorbankan dalam memastikan semua anaknya berjaya
walaupun dalam serba kekurangan, boleh diibaratkan kais pagi makan pagi. Tapi
pantang baginya menagih simpati bagi meneruskan kelangsungan hidup. Tiada
kemewahan dalam hidupnya. Sentiasa berjimat cermat. Pandai mencari peluang
rezeki.
Bercucuk Tanam.
Sewaktu aku belum
dilahirkan, keluarga kami mencari rezeki melalui bercucuk tanam. Tanam padi,
tembakau, ubi, tembikai dan apa jua tanaman yang boleh menghasilkan rezeki
untuk hidup. Pernah diceritakan, che ayah bawa anak yang kecil ke ‘dangau’ atau
pondok di tempat bercucuk tanam dan diletakkan dalam buaian sambil buat kerja
pertanian. Manakala anak2 yang besar sikit jaga adik-adik dan ada juga yang
bersama membantu. Yang bersekolah mesti ke sekolah, tiada kompromi untuk tidak
bersekolah.
Menjahit.
Puan Mariam
berkemahiran dalam menjahit pakaian. Di musim raya che akan menerima tempahan
yang begitu banyak sekali. Antara tempahan yang paling banyak diterima ialah
baju kurung. Pada zaman itu(1970), diceritakan upahnya tidak mahal, hanya rm5
sepasang dan meningkat sedikit demi sedikit hinggalah yang terakhir che ambil
tempahan (2002), seingat aku hanyalah rm20 sepasang baju kurung. Di kala banyak
tempahan itu, ayah akan turut membantu che menjahit baju yang mana termampu.
Hasil dari duit ini bolehlah digunakan untuk persediaan kami sekeluarga
menjelang musim perayaan. Kini, kemahiran menjahit yang ada pad ache telah
diwarisi oleh anak-anaknya tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya boleh
dikatakan berkemahiran dalam menjahit. Anak perempuannya, Saliha, Zulzilah dan
Zuriati sentiasa menerima tempahan baju kurung di saat hari raya menjelang. Che
mula tidak mengambil tempahan setelah diserang angina ahmar pada 2002. Walaupun
lumpuh anggota sebelah kanan, che tetap gigih dalam meneruskan hobi menjahitnya
dengan menjahit pakaiannya sendiri. Kenapa tak beli je? Katanya tak sedap pakai
yang orang lain jahit sehinggakan walaupun dibeli dibutik terkenal sekalipun,
che tetap akan membaikinya supaya kene dengan keselesaanya sendiri. Che
Ngoh(birasnya) masih meminta che menjahit jubah untuknya kerana katanya sedap
pakai yang che jahit. Hebatkan??? Dalam kenangan…
Memasak.
Che juga mempunyai
keistimewaannya dalam masakan. Masakan kampungnya menjadi kegemaran
anak-anaknya. Sehinggalah menjadi rujukan bagi anak-anak dan menantu yang berada jauh diperantauan.
singgang pedas, singgang bodo, sambal belacan, budu, ulaman, celor pucuk kayu, gulai ikan darat, ikan panggang
dan banyak lagi. Pada hari raya pula, menu yang mesti ada ialah nasi impit
dengan sambal ikan dan sambal tumis kacang, lontong, tapai, rendang dan ketupat. Biasanya che akan sediakan menu
tersebut sendiri dengan dibantu anak-anak
dan ayah. Sehinggalah saat che uzur pun, che tetap meminta anak-anaknya
menyediakan menu tersebut. Pada raya yang terbaru setelah pemerigan che, menu
tersebut sudah ada yang kurang. Dan di saat itulah perasaan sepi dan sedih
hadir lalu berlinanglah air mata.
Pemimpin masyarakat.
Che juga giat dalam
aktiviti kemasyarakatan seperti usrah kaum hawa, bacaan yaasin dari rumah ke
rumah, memasak bubur asyura, dan juga dalam politik. Pernah che ditawarkan
sebagai guru jahitan bagi KEMAS kawasan. Tapi che menolak tawaran tersebut atas
alasan menguruskan rumahtangga. Namun che tetap tidak sombong jika ada yang
ingin belajar menjahit dengan syarat dating ke rumahnya. Che tak boleh nak tinggalkan
anak-anaknya yang sedang membesar. Hinggalah saatnya uzur, namanya tetap tidak
dilupakan dalam majlis keramaian yang diadakan. Bias liurnya masih berbisa. Che
seorang yang dikenali di kawasan kami. Aku kagum!!!
Nenek dan cucu.
Pn Mariam dipanggil
dengan panggilan nenek oleh cucu-cucunya. Amat menyayangi cucu-cucunya dengan
sentiasa menasihati cucunya supaya sembahyang, mengaji al quran dan menutup
aurat. Itulah pesanan setiap kali anak cucunya pulang ke rumah masing-masing.
Jika ada yang baru lahir, che akan pergi walau jauh hingga Pakistan sekalipun. Hanya
nenek saja yang tahu betapa gembiranya dia setiap kali menerima berita lahirnya
cucunya yang baru. Ada juga antara cucunya yang sedia berkongsi cerita
dengannya hal-hal peribadi tanpa menceritakan pada ibunya. Betapa rapatnya
hubungan seorang nenek dengan cucunya.
Sentiasa ingat pada
anak-anak cucu.
Jarak sememangnya
tidak dapat memisahakn antara anak dengan orang tuanya. Sentiasa bertanya
khabar, berkongsi cerita, masalah, hal rumahtangga, pelajaran dan sebagainya. Jika
tahu anak cucunya mahu pulang, pastinya akan disediakan makanan walau tak
banyak. Sewaktu che tahu anaknya yang berada di Pakistan mahu pulang,
disediakan cucur pisang untuk anak menantu dan cucunya. Namun hajatnya itu
tidak kesampaian apabila hanya cucu dan menantunya saja yang dapat merasainya.
Anaknya pulang dengan seribu kejutan apabila hanya pulang dengan jasadnya
sahaja.
Tanaman hiasan.
Seperti kebanyakan
surirumah yang lain, che juga suke menanam tanaman hiasan di sekitar laman
rumah. Banyak koleksi tanamannya yang biasa, luar biasa, yang jauh dan berwarna-warni.
Setiap kali berkunjung ke mana-mana, che mesti akan membawa pulang apa-apa
pokok seranting dua. Dari Johor, Kedah, KL, mahupun Sabah, mesti ada saja pokok
yang dibawa pulang. Laman rumah penuh dengan pokok-pokoknya. Ayah begitu
memahami perasaanya dengan sentiasa membantu che menanam pokok-pokoknya. Dalam keadaan
uzur sakit sekalipun, che masih aktif dengan menanam pokok hiasan, merumput,
trim, dan menyiram. Sehinggalah che tiada, pokok-pokoknya masih dijaga dan
disiram. Tanaman yang mempunyai nilai sentimental yang tersndiri. Akan dikekalkan
dan ditambahbaik, dan jauh sama sekali untuk dihadiahkan mahupun djual kepada
orang lain.
Seorang penyayang.
Amat menyayangi
keluarganya… suami, anak-anak, cucu-cucu… semua harta benda di sekelilingnya. Setiap
barangannya akan dijaga sebaik-baiknya. Amat mementingkan kekemasan dalam
rumah. Saya sering kali dimarahi kerana selalu tak jaga pakaian dan letak
merata-rata tempat. Buku-buku, kitab-kitab, sentiasa tersusun kemas. Segala yang
berharga dan pakaian yang masih cantik elok akan disimpan, sehinggakan penuh
almari. Tidak sama sekali che akan membuang barang-barang tersebut, melainkan disedekahkan
kepada mereka yang memerlukan. Itulah sifatnya, sangat penyayang.
Semasa sakit.
Antara bahagian yang paling sukar untuk diceritakan. Namun tetap digagahi untuk menulis sebagai bukti che seorang yang hebat. Dalam keadaannya sakit, che tidak pernah sama sekali meninggalkan tanggungjawab sebagai muslimat yang taat pada perintah Allah. Sentiasa solat lima waktu bersama solat-solat sunat dan membaca al quran selepas solat. Turut mengamalkan doa-doa harian tanpa berputus asa memohon dikurniakan kesihatan yang baik di samping keluarga yang bahagia. cukuplah cerita.. rasa mcm nk hujan ni...
Sekarang....
Che telah kembali kerahmatullah pada bulan 7 yang lepas akibat serang angin ahmar kali yang ketiga setelah berada dalam keadaan lunpuh separuh anggota kanan selama 10 tahun.
Al fatihah untuk ibu.
1948-2012
Ya Allah,
tempatkanlah che di kalangan orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosanya, semoga
amal baiknya sentiasa berterusan melalui anak-anaknya.
Aku, penulis
merupakan anak bongsu Pn Mariam.
Anakanda merinduimu Bonda dari jauh, Wan Ahmad Hafizuddin B W Mohd