Saturday, December 31, 2011

Aku yang tak salah

Salam.
alhamdulillah aku diberi lagi ruang dan kesematan untuk menghirup udara yang segar buat yang ke sekalian kalinya. Sudah lama rupanya aku tidak menulis di blog Seni Jari Ikhlas. Penghujung 2011 aku telah diselimuti dengan kesuraman.
Suram? Kenapa suram?
Aku pun tidak tahu sebab apa sebenarnya. Mungkin kerana aku rasa menyesal? mungkin kerana rasa bersalah? mungkin juga kerana aku insan yang lemah? haha. Sebenarnya aku tak salah pun.
ok, begini ceritanya. Abg Zaha minta saya menjadi pemandunya untuk ke KL, makan angin la katakan. haha Ada bersama isterinya dan anaknya 3 orang. Abg Zaha ni seorang ustaz, mengajar di Tamparuli, balik kg hujung tahun, jadi sememang dia tidak punya kenderaan di Terengganu. Abg Zaha meminjam kereta Kak Zu, jenis Nissan Sylphy, mahal kereta tu. Aku hanya menerima arahan dari Abg Zaha, kerana aku ni bolehlah siket2 tahu jln di KL tu, wpun memang selalu makan 'buah langsat free dan kadang2 berbyar'. Kami selamat sampai di rumah Abg Pi, Serdang pada petang Rabu(28,12,11). Keesokkannya kami bergerak ke Sg. Besar, Selangor, rumah Kak Zilah. Then balik semula ke Serdang pd pagi jumaat. Kemudian terus balik ke Terengganu jam 12.30 tghr, Jumaat.
Dalam perjalanan inilah telah berlakunya satu peristiwa kemalangan yang menyebabkan aku berasa bersalah, mulut org juga kata aku salah, tetapi aku masih beranggapan tak salah. haha. Traffic sewaktu perjalanan itu agak sesak, kereta terpaksa berhenti, berhenti, berhenti.. entah berapa kilometer pun aku tak pasti. sekejap lancar, sekejap sangkut. sekejap terpaksa brek dengan kuat, sekejap brek sikit je. Aku rasa biasalah tu.. Aku akui memang ada kadang2 tu aku brek mengejut, hinggakan anak saudara aku yang ter'sugun'...tp dah nak buat camana, terpaksa, tak kanlah noak cium bontot kereta orang..hehe. dlm keadaan agak letih, panas, kdg2 kita boleh hilang tumpuan. So nasihat aku, kalau nak mulakan perjalanan, pastikan anda masih segar bugar. Selepas saja Plaza Flamingo, lebuhraya MRR-2, keadaan trafik masih lagi perlahan. Ada satu ketika, kereta memang terpaksa berhenti, tak bergerak, aku tekan brek pada kali ni agak baik, dengan perlahan, bukannya mengejut, dan begitu juga dengan Myvi yang ikut di belakang juga berhenti.dlm beberapa saat sahaja ada lagi satu kereta Nissan Sunny, yg buruk tu, dengan laju, membrek keretanya dan menghasilkan bunyi yang kuat, dan gagal berheti, lalu melanggar Myvi di belakang aku, dan Myvi itu terlajak ke depan dan melanggar kereta Nissan Sylphy yang aku pandu. haha.. bangang punya kereta, hanya dlm hati, Abg aku tu kan ustaz, tak leh mencarut, sabar..haha. Kereta aku rosak bonet,lampu kiri, bumper dll. myvi tu pecah tgki air, bonet depan/blkg, bumper depan blkg, dll.yg nissan sunny tu bonet depan je kot ngan bumper. Aku memang tak biasa terlibat dengan kemalangan macam ni, di KL pulak tu.. Panik gila, terus contact Si Epit, sepupu aku yg duk atas Bukit Ukay tu. call, dia ckp duk jauh, call abg asari, duk jauh jugak, call abg shukri, thg kerja, jauh jgk. nasib baik la abg shukri ni panjang akal, suruh kawan dia datang tolong settle kn masalah. dalam masa duk tunggu tu, daha ada la 'org2' yg tak dikenali nak tolong, suruh sign la, nak bawak pergi workshop la.. Bagus betul diorang ni, tapi maaflah ye, saya dah ada 'org' yg nk dtg. Abang joey, badanya besar, dtg naik lancer gti, dia ni bukan calang-calang orang jugak kot. dia cakap, dengan keadaan blkg aku mcmtu, adik boleh balik ganu, cuma pergi buat report dulu, kemudian urusan lain tu buat di Ganu.. senang je rupanya. so, aku just follow the step. alhamdulillah, pukul 5ptg settle di balai polis Ampang, dan sampai di rumah Bari pukul 2 pagi. Sekarang urusan nak baiki kereta, dan mana2 yang berkaitan.
Dari kejadian itu, ada mulut2 yg kata kemalangan tu disebabkan aku suke brek mengejut..haha. lantak la weh. dalam kemalangan yang berlaku tu, bukan itu situasinya.
Aku sebenarnya tak salahkan??? haha.. tapi aku akui memang kadang2 aku cuai, aku akui aku memang belum cekap lagi bawak keta, tapi boleh lah noo..hehe
lepas ni nak beli kereta sendiri, accident ke ape ke, xlibatkan harta (pinjam)orang lain. so xda rasa bersalah sgt. alhamdulillah. begitulah penamat 2011 aku.

3 comments:

~::PermatA::~ said...

oooo..begitu ceritanya..sabar la pok su..klu ikutkan cerita pok su ni, mmg pok su x salah pon..sabar je la..

Anonymous said...

huhuhu... rupanye gitu... ni lah aku baru tahu ada cerita pd hari tu ya

WS Zuriati said...

lupakan semua tu...mulakan hidup baru dgn gaji yang baru...kwa..kwa..