Thursday, August 18, 2011

INDAHNYA PENGERTIAN BACAAN ANTARA DUA SUJUD


Dalam kita menjalani ibadah solat, adakah kita mengetahui ke semua makna bacaan kita? Alangkah betapa indahnya jika kita mengetahui setiap bait ayat yang kita lafazkan itu. Penulis sendiri pun tidak dapat menghayati sepenuhnya makna bacaan tersebut.
Ramai ustaz memberi tips untuk khusyuk dalam solat ialah kita perlu mengetahui makna bacaan tersebut. Memang tepat sekali. Anda boleh mencubanya.
Di ruangan ini, penulis ingin berkongsi satu terjemahan dalam bacaan solat kita, iaitu bacaan Antara Dua Sujud. Maknanya cukup indah dan agung. Sama-sama kita menghayatinya.
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

.


Semoga dengan sedikit perkongsian ini, moga-moga kita dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah itu datangnya dari diri saya sendiri.

Thursday, August 4, 2011

Susah? Senang? Kajian Tindakan.

Salam ramadhan.
Alhamdulillah, kini penulis di sem 8 dalam pengajian ijazah pendidikan di IPG KSM. Dalam sem ini penulis perlu memenuhi satu penulisan yang dikenali sebagai Kajian Tindakan atau Action Research. Pada sem yg sebelum ini, penulis telah menyiapkan proposalnya, dan sekarang tibalah masanya untuk membuat penulisan penuh tentang kajian ini.
Kajian ini sekali tengok secara umumnya senang. Tetapi kadang-kadang menjadi susah. hehe. Bila mood rajin, memangla rasa macam senang je, tapi kalau dah mood malas, memang la akan asa susah.
Walau apa pun alasan yang diberikan, penulis mesti menyiapkan penulisa ini sebelum syawal menjelma. Masa hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi. Sungguh banyak kerja di saat-saat akhir ni. Kebetulan pula terdapat beberpa lagi tugasan bagi kertas subjek lain diterima. Maka bertambahlah bebanan yang harus dipikul.
Kuatkan semangat bro. haha. Masih tersenyum Hafizuddin. Ye la, tak kan la aku nak tension.
En Sulizi artis dikir barat merupakan penyelia bagi Kajian Tindakan penulis. Beliau amat bagus dalam memberi bimbingan walaupun beliau sentiasa dalam kesibukan dengan aktivitinya.
Pesanannya untuk penulis, 'Tiger(penulis), buat kerja mesti kemas, biar sesuai dengan nama gelaran Wan Tiger'.haha
insyaallah bos.
Tunggu apa lagi wei, cepat buat kerja.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Mubarak

Dalam setahun, pastinya kita didatangani dengan satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan tersebut ialah Ramadhan. Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Segala amal ibadat yang dilakukan akan dilipat gandakan pahalanya.

Insyaallah pada bulan ramadhan kali ini, akan kugunakan dengan penuh penghayatan dan amal ibadat. Sama-samalah kita melipatgandakan amalan masing-masing. bersyukur kita kerana kita masih berjumpa dengan bulan ini. Tidak semua yang berpeluang merasai nikmat ini. Diruangan ini, semoga berbahagialah Wan Ahmad Fadzil di alam sana yang tidak sempat menikmati bulan ramadhan bersama-sama kita. Dengan doa yang penuh keinsafan ini, semoga allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman. Dan tidak lupa juga buat semua muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.

Yang mana masih berdenyut dan bernafas itu, samasama kita manfaatkan bulan yang penuh rahmat ini.

Salam ramadhan.