Salam semua. Selamat tahun baru.
Perkembangan terbaru perniagaan keli penulis nampaknya telah menunjukkan prestasi yang amat positif sekali. Alhamdulillah, ikan keli yang diternak oleh penulis belum matang lagi, tetapi permintaannya amat positif sekali. Penulis hanya memerlukan 2 atau 3 pengusaha kantin atau dewan makan sekolah sahaja. Ianya amat memadai untuk menghantar ikan keli penulis sebagai permulaan perniagaan keli. Buat masa sekarang, penulis telah menerima tempahan sebanyak 200kg/minggu.
Bagi memenuhi permintaan tersebut, penulis terpaksa menjadi pemborong ikan keli dari penternak keli yang berhampiran kawasan penulis. Ini adalah bertujuan untuk menjamin pasaran pada masa hadapan ternakan ikan keli penulis sendiri.
Ramai orang yang bimbang akan pasaran keli, tetapi sebenarnya kita hanyalah perlu berfikir lebih proaktif untuk memasarkan ikan keli kita sendiri. Kita perlu rajin mencari pasaran sendiri tanpa mengharapkan pemborong datang membeli ikan kita dengan harga yang amat murah dan tidak berapa menguntungkan.
Penulis telah mengajak beberapa penternak keli bagi bekerjasama dalam menstabilkan ternakan keli ini. Ini adalah bagi menjamin permintaan dapat dipenuhi dengan sepenuhnya tanpa halangan.
Buat masa sekarang, penulis telah memelihara sebanyak 6000 ekor keli, di dalam 4 tangki kanvas yang besaiz 4kaki x 15kaki x 2.5kaki yang berusia 1bulan. Mengikut jangkaan yang dibuat, keli penulis ini akan dijual pada awal bulan mac hadapan. Bagi memenuhi permintaan pasaran lagi, penulis telah menambah satu lagi tangki yang besaiz satu kali ganda iaitu 8kaki x 15 kaki x 3kaki yang boleh memuatkan 3000 ekor keli.
Diharap perusahaan ini akan berjalan mengikut apa yang telah dirancang tanpa menghadapi sebarang masalah.
1 comment:
Keep up the good work!!!
Post a Comment