Sunday, January 10, 2010

Bubur Asyura Awal Muharram
















Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, penulis tidak melepaskan peluang dalam menyambut awal Muharram pada tahun ini. Pada 3 Muharram yang lepas, penulis telah sempat bersama-sama masyarakat tempat tinggal penulis dalam menjayakan program gotong royong masak bubur asyura. Sebanyak 4 kawah bubur asyura telah dimasak. Aktiviti ini telah diketuai oleh Pok Asan yang merupakan Bapa saudara Penulis dan tukang masaknya di ketuai oleh Ayoh Chik Mat yang merupakan bapa penulis.










Program ini telah bermula pada jam 8 pagi memandangkan untuk bubur asyura masak sepenuhnya, ianya memakan masa yang agak lama. Ianya telah turut disertai oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua, muda, dan kanak-kanak dan juga melibatkan kaum Adam mahupun golongan Hawa. Kerjasama dari golongan muda amat diperlukan dalam mengacau bubur asyura. Golongan Hawa pula melakukan tugas seperti menyediakan bahan-bahan seperti kelapa goreng, bawang, rempah serta makan tengahari sementara menunggu bubur masak. Kanak-kanak pula sebagai penyeri lagi aktiviti dengan berbagai-bagai gelagat yang melucukan.










Daripada aktiviti ini, banyak faedah yang telah diperolehi oleh semua yang yang terlibat. Antaranya ialah ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama umat islam setempat. Segala kerjasama dari semua yang terlibat dapat merpatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dalam menyediakan bubur ini yang telah menjadi amalan sekian lama dalam menyambut awal Muharrram.















1 comment:

Nafastari said...

aku suka buat je.. makan tak gemar..