Pada hujung minggu yang lepas, aku telah mencuci kolam ikan di rumah. Di dalam kolam tersebut terdapat beberapa jenis ikan, antaranya ialah toman(1), haruan(2), talapia(12), dan beberapa jenis ikan yang lain yang dijadikan makanan untuk ikan haruan dan toman. Di dalam kolam itu juga dilengkapi dengan dengan beberapa jenis tumbuhan antaranya ialah kercuk, pandan, serta beberapa pokok air.
Setelah sekian lama aku tidak membersih kolam itu, terdetik di hatiku untuk mencuci dan menyusun kembali susun atur tumbuhan serta batu-batuan yang terdapat dalam kolam itu.
Kerja-kerja pembersihan kolam telah dimulakan pada jam lebih kurang 5 petang. Perkara yang utama dilakukan adalah melepaskan air melalui lubang air buangan yang telah tersedia ada. Untuk air kolam keluar sepenuhnya, ianya telah mengambil masa kira-kira 1jam lebih. untuk mencucinya pula, sedikit masa lagi dperlukan dan sudah tentu sekali tidak akan siap sebelum maghrib menjelang. jadi, aku telah memindahkan kesemua ikan-ikan yang terdapat ke dalam beberapa baldi. ikan toman dan haruan satu baldi bersama-sama ikan kecil, manakala ikan talapia satu baldi bersama-sama ikan kecil.
Untuk pengetahuan para pembaca, ikan haruan bersaiz 1.4 kg, ikan toman 1.3 kg, manakala ikan talapia secara puratanya sebesar setapak tangan orang dewasa.
Pada malam itu, semasa berbual dengan ayah, ayah telah bertanya 'mung letok mane ikang-ikang tu?' lalu aku menjawab simpan dalam baldi. Lalu ayahku diam.
Pada keesokkan harinya, kira-kira jam 7.30 pagi, aku menjenguk ikan-ikan aku dalam baldi, mula-mula sekali baldi yang ada ikan toman dan ikan haruan, semuanya masih aktif. Seterusnya baldi yang berisi ikan talapia, malang sekali dengan perasaan yang agak kecewa, aku melihat ikan-ikan itu telah terapung yang bermakna ikan itu telah mati. Lalu aku menceritakan pada che dan ayah. Che hanya diam dan tersenyum sinis. Manakala ayahku berkata dengan sinis 'bakpe mung dok letok dalang baldi hok kecik lagi?'. Aku hanya ketawa kecil. Lalu aku menjawab, 'dok ape, kite gi sungai ngail balik ikan toman, ikan talapia tu kite beli hok baru'. Ayah lalu menjawab, 'ikut mung la'. Aku hanya tergelak lagi.
Setelah aku pulang dari kedai untuk minum pagi, aku terus membersihkan kolam. Aku memberus semua lumut-lumut yang terlekat pada dinding dan pasu-pasu serta batu-batu. aku juga telah menyusun pokok-pokok di dalam kolam. Lebih kurang setengah jam, aku memasukkan air baru ke dalam kolam.
Setelah air diisi setinggi buku lali, aku terus memasukkan ikan yang masih hidup ke dalam kolam. Semasa memindahkan ikan, ikan toman telah terjatuh dengan agak keras sedikit ke dalam kolam. Tetapi tidak kelihatan apa-apa kesan yang buruk pada ikan toman itu. Ianya diikuti pula dengan ikan talapia serta ikan-ikan kecil yang lain.
Semasa aku asyik memerhati ikan-ikan dan air yang memenuhi kolam, aku terlihat ikan toman yang terjatuh tadi tidak lagi aktif seperti ikan haruan, malahan aku dapat gosok ikan toman itu. ianya adalah petanda yang buruk. sangkaanku amat tepat sekali, ikan toman itu telah mati beberapa jam selepas itu. Lalu ayahku mengambil dan menyiangnya sekali dengan ikan talapia untuk dikeringkan.
Maka berakhirlah riwayat ikan toman dan talapia di dalam kolam aku. Aku akan lebih berhati-hati selepas ini jika membersih kolam.
1 comment:
Dimaafkan, disini ada tip utk bersih kolam ikan;
1. Buang semua kotoran kasar manually, pakai sauk atau tapis santan pun boleh 1
2. Keluarkan air kolam tu 1/3 sahaja dan terus masukkan air baru tanpa memindahkan ikan sediada dlm kolam tu.
3. Kalau sumber aip paip, tambah garam 1kg/3 m3 air kolam utk nyah klorin.
4. Kalau ada ikan berkudis, sebelum buang air masukkan kan dulu ubat selepas 1 hari barulah air kolam di buang.
5. jgn berus atau cuci lumut yang melekat kuat kat tepi dinding kolam sebab ianya ada mengandungi bakteria baik utk nyah toksin NH4 hasil buangan ikan, memadai dgn manyembur air sahaja!
6. Tip seterusnya..... tunggu dilain post,
Selamat Mencuba, Kalau tak tau tanye la dulu bro! moga berjaya.
Post a Comment