Thursday, October 11, 2007

Misi membuang kapas tercabut dan terlekat dalam telinga

Ini adalah merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh penulis. Penulis amat tidak boleh melupakannya kerana penulis telah dikejutkan oleh kawan penulis yang tinggal di bilik sebelah di asrama kira-kira jam 2 pagi beberapa hari yang lepas. Kawan penulis(man) telah meminta tolong untuk membuang kapas dari putik kapas yang man guna untuk mncuci telinga yang terlekat di dalam telinganya.

Penulis amat terkejut sekali. Macam mana kapas itu boleh tercabut? Man pun tidak tahu macam mane kapas tu boleh tercabut. Pada mulanya, penulis tidak nampak kapas yang tercabut di dalam telinga man, tetapi setelah diperhatikannya dengan menggunakan lampu suluh, barulah kelihatan segumpal kapas sebesar biji kacang hijau di dalam telinganya. Penulis amat terkejut, 'besar gila'. besar dah satu hal, kedudukan juga agak ke dalam pula.

Si Man meminta penulis untuk mengorek keluar kapas itu. Penulis teragak-agak untuk membuang kapas itu kerana bimbang jika kapas itu makin ke dalam dan jika Si Man sakit. Penulis mencadangkan agar Si Man pergi ke klinik, tetapi dia tetap ingin penulis mengoreknya terlebih dahulu.

Dalam keadaan terpaksa dan takut, dengan menggunakan lampu suluh, penulis mencuba mengorek kapas itu dengan menggunakan pengorek tahi telinga besi. Tetapi, oleh kerana besi itu sedikit besar, jadi bila terkena pada kawasan dalam telinga, tidak tahu bahagian mana, Si Man mengaduh kesakitan. Walaupun begitu, sekali lagi Si Man terus meminta untuk memgorek kapas itu. Penulis menjadi serba salah. Pada kali ini, penulis telah menggunakan pencungkil gigi, yang hujungnya agak tajam untuk mengait kapas itu. Ketajaman hujung pencungkil gigi ini telah membuatkan penulis semakin berhati-hati. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya, kapas itu berjaya dikeluarkan dengan jayanya tanpa kecederaan dan kesakitan. Bagi penulis, itu adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakannya.

Peringatan kepada pengguna-pengguna putik kapas, sila guna putik kapas yang bermutu, dan yang baru.

4 comments:

wszuriati said...

Tulis cerita baru. Sibuk benar ke???

Sweety Candy said...

Wow , betul - betul terjadi ke ????

Sweety Candy said...
This comment has been removed by the author.
wanahaf said...

sweet candy, betul la tu, hanees kene la berhati-hati tau bila nak korek telinga.hahaha Jangan ulangi sejarah hitam. fusu