Thursday, October 11, 2007

Misi membuang kapas tercabut dan terlekat dalam telinga

Ini adalah merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh penulis. Penulis amat tidak boleh melupakannya kerana penulis telah dikejutkan oleh kawan penulis yang tinggal di bilik sebelah di asrama kira-kira jam 2 pagi beberapa hari yang lepas. Kawan penulis(man) telah meminta tolong untuk membuang kapas dari putik kapas yang man guna untuk mncuci telinga yang terlekat di dalam telinganya.

Penulis amat terkejut sekali. Macam mana kapas itu boleh tercabut? Man pun tidak tahu macam mane kapas tu boleh tercabut. Pada mulanya, penulis tidak nampak kapas yang tercabut di dalam telinga man, tetapi setelah diperhatikannya dengan menggunakan lampu suluh, barulah kelihatan segumpal kapas sebesar biji kacang hijau di dalam telinganya. Penulis amat terkejut, 'besar gila'. besar dah satu hal, kedudukan juga agak ke dalam pula.

Si Man meminta penulis untuk mengorek keluar kapas itu. Penulis teragak-agak untuk membuang kapas itu kerana bimbang jika kapas itu makin ke dalam dan jika Si Man sakit. Penulis mencadangkan agar Si Man pergi ke klinik, tetapi dia tetap ingin penulis mengoreknya terlebih dahulu.

Dalam keadaan terpaksa dan takut, dengan menggunakan lampu suluh, penulis mencuba mengorek kapas itu dengan menggunakan pengorek tahi telinga besi. Tetapi, oleh kerana besi itu sedikit besar, jadi bila terkena pada kawasan dalam telinga, tidak tahu bahagian mana, Si Man mengaduh kesakitan. Walaupun begitu, sekali lagi Si Man terus meminta untuk memgorek kapas itu. Penulis menjadi serba salah. Pada kali ini, penulis telah menggunakan pencungkil gigi, yang hujungnya agak tajam untuk mengait kapas itu. Ketajaman hujung pencungkil gigi ini telah membuatkan penulis semakin berhati-hati. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya, kapas itu berjaya dikeluarkan dengan jayanya tanpa kecederaan dan kesakitan. Bagi penulis, itu adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakannya.

Peringatan kepada pengguna-pengguna putik kapas, sila guna putik kapas yang bermutu, dan yang baru.

Saturday, October 6, 2007

Bonsai dari hobi kepada suatu perniagaan







SYUKUR, ALHAMDULILLAH. Hobi saya yang hanya untuk tatapan kini akan bertukar sebagai satu perniagaan. Hobi yang pada suatu masa dahulu dianggap sebagai hobi bagi orang-orang kaya ini sebenarnya tidak lagi untuk golongan itu sahaja kerana golongan lain juga sudah mampu memilikinya. Yang penting adalah minat dan kreativiti seseorang.

Saya, hanyalah seorang pelajar dan tinggal di kampung juga mampu memilikinya. Baru-baru ini, saya telah menjual sepokok bonsai yang dipanggil 'celoreng atap' disekitar tempat tinggal saya dengan harga seratus. Memang memeranjatkan orang yang mendengarnya. Ini kerana pokok itu sebenarnya hanyalah pokok yang biasanya kayunya digunakan untuk dibuat 'kayu lada' atau rantingnya hanyalah digunakan untuk memerangkap anak ikan kerapu dipersisir pantai timur(laut cina selatan). Tetapi bagi saya pokok itu lebih bermakna dari itu, nilai kecantikan pokok itu apabila di'bonsai'kan adalah amat tinggi.

Ini adalah kerana beberapa faktor, antaranya ialah kecantikan semulajadi fizikalnya, dan apa yang menambahkan lagi nilainya adalah kerana pokok ini amat sukar untuk hidup setelah diambil dari hutan atau 'rok-rok' yang berdekatan. Peratusan untuk mati adalah lebih tinggi berbanding hidup. Jadi kalau seseorang itu dapat mengekalkan ke'hidup'an pokok itu, maka bertuahlah.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah kita berkongsi maklumat di sini.