Tuesday, March 18, 2014

Resepi Tapai Pulut Daun Getah Ayoh Chik Mat

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan seperti tahun-tahun yang sudah, Ayah masih setia dengan menyediakan hidangan tapai pulut daun getah. Tapai adalah satu makanan yang menjadi kemestian bagi keluarga kami yang disediakan untuk tetamu yang datang beraya disamping ketupat, rendang dan makanan yang lain-lain lagi. Menambahkan lagi rasa tapai yang sedap, digunakan daun getah untuk menimbulkan aroma wangi pada setiap suapan.

Sedikit perkongsian resepi tapai pulut daun getah oleh Ayah Cik Mat.
Bahan:
11)      Beras pulut
22)      Ragi
33)      Daun getah
44)      Lidi
55)      Air

Cara-cara:
11)      Rendamkan beras pulut 4 jam sebelum dikukus.
22)      Kukus beras pulut sebanyak 2 kali. (selepas kukus yang pertama, angkat, gaulkan(arong) pulut yang telah diangkat, kemudian kukus kali kedua)
33)      Angkat pulut yang telah dikukus, dan gaulkan kali kedua, dan biarkan sejuk.
44)      Setelah disejukkan, taburkan ragi yang halus(debu) ke atas pulut.
55)      Gaulkan hingga ragi rata ke atas pulut.
66)      Bungkus dalam daun getah, dan siap.(juga boleh gunakan daun pisang, daun muda jambu laut, daun rambai, daun jambu merah dan lain yang bersesuaian.

Begitu mudah sekali caranya. Tapi ayah berpesan jika mahu belajar membuat tapai secara lebih mendalam, bolehlah jumpa dia supaya boleh diberi petua-petua yang berkaitan dengan tapai. Selamat mencuba.











Nota: Che suka buat tapai dan mesti buat tapai kalau hari raya, ataupun jika ada anak-anak yang kerja jauhyang balik yang nak makan walau buat sedikit saja.