Thursday, August 30, 2012

Untukmu Yang Bernama Mariam

Setiap yang lahir ke dunia pastinya akan kembali padaNya.

Realiti dan Impian

Ku mulakan celoteh kali ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu banyak cerita yang telah berlalu. Awal tahun ini aku telah berjaya melepasi satu kitaran hidup daripada kehidupan seorang pelajar kepada alam pekerjaan. Alhamdulillah, setelah selesai belajar dan terus belajar selama 5 tahun setengah, akhirnya aku ditawarkan untuk bekerja dengan kerja yang setimpal. Terima kasih, syukur ya Allah. dengan itu, maka dapatlah aku menikmati kehidupan aku dengan sendirinya. Tak perlu lagi meminta duit dari orang tua mahupun adik beradik. Kini giliran aku pula menyumbangkan apa yang aku ada kepada mereka. Tak perlu lagi aku meminta daripada mereka untuk makan minum, pakaian dan juga kelengkapan lain. Satu kenikmatan yang tak terhingga. Dari saat itulah juga aku mula berfikir jauh ke depan bagi menyempurnakan hidupku dan memenuhi impian dan cita-cita.

Aku mengejar impianku yang pertama iaitu memberikan wang untuk kedua orang tuaku, ya, aku berjaya seadanya. Dan aku akan teruskan  sepanjang hayatku, insyaallah. Namun untuk ayah aku masih boleh teruskan, tapi tidak lagi untuk che yang baru saja genap 2 bulan meninggalkan kami. Ku kirimkan doa kesejahteraan yang berpanjangan untukmu che. Sayang kamu ibu.

Aku juga kini telah memiliki sebuh tebuan kuning(er6-n) yang menjadi temanku. Sudah lama kuimpikannya. Dan akhirnya ku berjaya memilikinya. Alhamdulillah, akan kugunakan anugerahMu ini sebaik-baiknya.

Namun semua ini tidaklah menjamin kebahagiaan bagiku. Duit bukanlah segalanya. Apa yang lebih penting ialah kesempurnaan sebagai seorang mukmin. Jiwaku masih tidak tahu hala tuju yang jelas. Mungkinkah kahwin ubatnya? Teringat akan satu hadis yang membawa maksud bahawa ibadah seorang mukmin akan berganda apabila telah berkahwin. Semoga ku akan ketemu jodoh yang baik untuk menyempurnakan kehidupanku ke arah yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang, insyaAllah.

Ku undurkan diri demi kebaikan mu dan keluargamu. Semoga kamu berbahagia dan dijodohkan dengan orang yang lebih baik dari ku.

Kupilih dirimu untuk menyempurnakan hidupku. semoga dirimu dapat menerimaku se adanya dan insyaAllah ku akan menjaga dan membimbing dirimu sebaik-baiknya.


Insyaallah.