Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Melalui kitar semula kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Siapakah yang perlu terlibat dalam kitar semula ini?
Segenap lapisan terlibat dalam kitar semula ini. Dari peringkat bangku sekolah sehinggalah dewasa dan warga emas.mereka mempunyai peranan masing-masing.
Antara amalan yang paling mudah ialah 'menggunakan bila perlu'. Bagaimanakah 'menggunakan bila perlu' itu? Sebagai contohnya jika kita keluar membeli belah, jika barangan yang kita beli hanyalah berus gigi, maka tidak perlulah kita mendapatkan plastik dari kedai. Sudah memadai jika kita hanya memegangnya di tangan sahaja. Maka tidak akan berlaku penggunaan plastik secara berlebih-lebihan.
Manakala jika kita mendapatkan plastik dari kedai, simpan plastik tersebut untuk diguna semula ataupun dijual kepada pihak yang mengitar semula barangan terbuang.
Dengan cara ini kita dapat mengurangkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sekaligus dapat mengelakkan pencemaran alam.