Sunday, July 24, 2011

Jom Kitar Semula


Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Melalui kitar semula kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Siapakah yang perlu terlibat dalam kitar semula ini?
Segenap lapisan terlibat dalam kitar semula ini. Dari peringkat bangku sekolah sehinggalah dewasa dan warga emas.mereka mempunyai peranan masing-masing.

Antara amalan yang paling mudah ialah 'menggunakan bila perlu'. Bagaimanakah 'menggunakan bila perlu' itu? Sebagai contohnya jika kita keluar membeli belah, jika barangan yang kita beli hanyalah berus gigi, maka tidak perlulah kita mendapatkan plastik dari kedai. Sudah memadai jika kita hanya memegangnya di tangan sahaja. Maka tidak akan berlaku penggunaan plastik secara berlebih-lebihan.

Manakala jika kita mendapatkan plastik dari kedai, simpan plastik tersebut untuk diguna semula ataupun dijual kepada pihak yang mengitar semula barangan terbuang.

Dengan cara ini kita dapat mengurangkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sekaligus dapat mengelakkan pencemaran alam.

Sunday, July 17, 2011

Bawal Pirana dah Mati

Salah seekor daripada 2 ekor ikan bawal pirana saya telah mati. punca kematian belum dikenal pasti. ikan ini dibeli pada 2 tahun lepas sebesar 3 jari sahaja, sekarang telah membesar ehingga melebihi saiz tapak tangan, mungkin 2 tapak tangan.

Terima kasih.

BERSIH


Telah beberapa hari berlalu Perhimpunan Haram yang dikatakan oleh kerajaan diadakan. Sejauhmanakah pulan penghayatan anda semua terhadap betapa haramnya perhimpunan itu? Anda punyai mata, telinga, akal... jadi anda mungkin telah punyai jawapan akan kenapa mereka bertindak untuk mengadakan perhimpunan yang pada kaca mata saya adalah aman itu.

Terlalu banyak komentar yang diberikan. Sehinggakan jemu untuk mengambil tahu tentang perkara itu lagi. Jika baca akhbar harian, utusan malaysia, tengok TV3,TV1, pastinya anda akan melihat betapa hebatnya kerajaan dalam menghalang perhimpunan itu. Jika anda mengikuti perkembangannya dari arus media yang lain pula, seperti blogger, tv internet, facebook dan sebagainya, anda akan melihat pula betapa kejamnya kerajaan yang menghalang BERSIH.

Dalam mendapatkan cerita dan berita sebenar, anda mestilah pelbagaikan sumber anda. Insyaallah anda akan dapat membuat satu keputusan yang tepat dalam menilai isu ini.

BERSIH juga bukan sahaja berlangsung di Malaysia, malah turut diadakan di Melbourne, Mesir, AS, UK, dan beberapa buah negara yang lain.


Thursday, March 31, 2011

Pantai Bari yang penuh tarikannya






Pantai Bari. Pantai ini sememangnya merupakan antara pantai yang menarik di Malaysia. Lokasinya terletak di persisiran pantai Terengganu kira-kira 60km dari Kuala Terengganu. Jika anda berminat untuk berekreasi bersama keluarga di pantai ini, anda bolehlah melalui jalan pantai Kuala Terengganu - Kota Bharu. Namun bagi mereka yang pertama kali mengunjung, jika anda mencari pantai ini dari jalan raya utama, sudah pasti anda tidak menjumpainya. Ini kerana, untuk ke pantai ini anda perlu melalui satu jalan perkampungan sejauh 1.5km dari jalan utama.

Oleh kerana pantai ini agak terlindung dari pandangan utama, maka ramailah yang kurang mengenalinya. Akan tetapi, sebenarnya, pada hujung minggu, pantai ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkeluarga untuk mandi manda, berehat, mahupun berkelah. Ianya menjadi pilihan utama kerana pengunjung akan mendapat lebih privacy terutama bagi kaum hawa.

Pasir yang memutih, air yang jernih biru kehijauan, pastinya menggamit kedatangan pengunjungnya. Amat bersesuaian untuk tujuan perkelahan dan aktiviti yang bersesuaian.

Pada musim di luar monsun timur laut, pengunjung boleh lihat beberapa buat bot nelayan yang sedang mencari rezeki. sememangnya pantai di persisiran terengganu amat kaya dengan sumber lautnya. Antaranya ialah ikan, pari, udang, juga sotong. Jika musim candat sotong, anda boleh mengikuti para nelayan di sini untuk turun ke laut pada malam hari untuk mencandat sotong. Anda boleh melihat suasana yang begitu bercahaya pada musim candat sotong seolah-olah satu pesta cahaya sedang diadakan di tengah laut.

Kehadiran penyu yang datang bertelur juga menambahkan lagi tarikan pengunjung di pantai ini. Boleh dikatakan setiap malam akan ada penyu yang mendarat untuk bertelur di pantai ini. Tetapi jika anda mahu menyaksikannya, bukanlah satu perkara yang senang kerana kita tidak tahu, di mana dan pukul berapa ianya akan mendarat. Anda perlulah bersengkang mata dan berjalan beberapa KM untuk menyaksikannya. Pantai ini menjadi tempat penyu mendarat memandangkan pantainya yang terlindung dari cahaya lampu pada malam hari. Sebenarnya, kawasan penyu mendarat ini ada penjaganya, iaitu Jabatan Perikanan Malaysia dan World Wide Fund. Segala urusan berkaitan penyu adalah diselia oleh 2 badan tersebut. Tetapi, telur penyu ini menjadi bebas untuk orang awam setelah tamat tempoh kontrak penjagaannya. Ini menjadi peluang kepada orang awam yang ingin mendapatkan telur penyu free hasil bumi sendiri. Penulis juga telah berpeluang manyaksikannya dan merasai telur penyu yang segar ini.



Dalam keasyikan kita menghayati keindahannya, sebenarnya di pantai ini juga pernah terjadi beberapa insiden yang telah mencemarkan nama baiknya serta penduduk tempatan. Di pantai ini merupakan salah satu lokasi maksiat hujung minggu bagi pasangan yang sedang asyik bercinta. Ini kerana lokasi pantai ini yang agak terlindung dari pandangan orang awam dan juga jauh dari penempatan orang kampung. Akan tetapi, dengan inisiatif yang diambil oleh pemuda tempatan, terdapat juga serbuan-serbuan dan rondaan yang dilakukan bagi mengelakkan perkara terkutuk menjadi berleluasa. Mereka yang ditangkap akan diserahkan kepada pihak yang berwajib.

Selain kejadian itu, di pantai ini juga pernah dijadikan sarang penagih dadah dan juga yang paling dahsyat sekali ialah tempat berlakunya kejadian rogol yang melibatkan 5 lelaki merogol seorang dara. Semua kejadian ini adalah dilakukan oleh orang dari kawasan lain yang secara tidak langsung memburukkan nama Pantai Bari yang indah serta penduduknya.

Oleh yang demikian, langkah-langkah yang bersesuaian perlulah diambil bagi mengatasi semua masalah ini. Pihak yang berkenaan seperti JKKK dan AJK masjid perlulah memainkan peranannya dalam menjaga keharmonian dan menjauhkan dari bala yang mungkin melanda.


Wednesday, March 30, 2011

Disengat tebuan, Pertama kali naik ambulan.

Kali ini penulis ingin menceritakan peristaiwa malang yang menimpa penulis.

Pada senja jumaat lepas, bapa saudara yang mentewa rumah orang tua penulis di depan ruman kami telah meminta penulis membersihkan laman rumah yang terdiri dari daun pokok paku yang tua, daun kelapa, dan juga sampah yang agak semak di laman rumah kami. Oleh itu, penulis yang sememangnya meminati akan laman yang kemas dan rapi, penulis dengan berkopiah, t-shirt, dan seluar jeans biru lusuh turun ke laman rumah dengan membawa gergaji dan pemotong dahan untuk mengerat apa yang patut.



Penulis telah memulakan dengan memotong daun pokok paku yang tua dengan menggunakan gergaji. oleh kerana pokok paku agak tinggi, jadi penulis tunduk berada di bawah daun pokok paku sambil memotong daun yang tua. Setelah beberapa pelepah dikerat, kopiah penulis tersangkut di duri pelepah pokok paku, lalu menyebabkan kopiah terjatuh dari atas kepala penulis.

Penulis menunduk untuk mengambil kopiah yang terjatuh, tiba-tiba terasa seperti ada serengga seperti tebuan tanah menghinggap di atas kepala. Lantas penulis mengibas tebuan tersebut, akan tetapi masih ada lagi seekor datang menghinggap di atas kepala menulis menjadikan dua ekor tebuan telah menyengat di atas epala penulis.

Terasa kebas dan berdenyut yang teramat sekali, sehinggakan terkeluar air mata penulis menahan kesakitan yang teramat sekali itu. Dalam keadaan yang amat terseksa ini, penulis telah mendapatkan panadol sebagai penahan sakit. Tetapi kepala yang berdenyut dan kebas ini masih lagi belum hilang.

Oleh kerana tidak sanggup dan bimbang jika berlaku kesan lain memandangkan bahagian yang terkena sengatan adalah kepala, penulis membuat keputusan untuk ke klinik kesihatan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta. Apabila setibanya penulis di sana, penolong pegawai perubatan yang bertugas menanyakan
MA: Kat mana disengat?
Penulis: Di bahagian kepala.
MA: Berapa ekor?
Penulis: 2 ekor atau lebih, saya tidak pasti.
MA: Owh, kalau lebih dari seekor, awak perlu ke hospital besar (HSNZ, KT).
Penulis; Betul ke?
MA: Ya betul, pergi dengan ambulan akan hantar.

Dalam hati penulis,.... naik ambulan? hospital besar? hebat betul sengatan tebuan. Sememangnya sengatan tebuan memang berbisa, ada kes yang sehinggakan membawa maut.

Semasa di klinik, penulis disuntik di bahagian bahu kiri dan kanan. satu saluran untuk menyalurkan air juga dicucuk di pergelangan tangan kanan.

beberapa minit kemudian, ambulan tiba di hadapan wad kecemasan, dan penulis diminta naik ambulan. Penulis ditemani seorang jururawat. Inilah merupakan pertama kali penulis naik ambulan. Dengan bunyian 'pong peng pong peng', ambulan bergegas ke HSNZ.

Penulis tiba di HSNZ di wad kecemasannya. baru saja awal bulan ini, penulis datang ke wad kecemasan kerana abang penulis meninggal. Masih terbayang raut wajah arwah terlunjur di atas pengusung.

Sesampainya di hospital, doktor yang bertugas telah memeriksa tempat disengat. Kemudian doktor telah mengarahkan jururawat memasukkan air melalui pergelangan tangan yang telah dicucuk tadi. Pada masa itu, denyutan dan kekebasan masih lagi terasa. semasa di atas katil pesakit, tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya kepala penulis. Mengiring, terlentang dan bermacam lagi, namun sakit tetap tidak hilang. Amat menguji kesabaran.

Setelah selesai dan habis air sebotol air, penulis diberi ubat dan boleh pulang. Pada hari tersebut, abang penulis yang bernama fakhrurazi berada di KT, dan penulis meminta beliau mengambil penulis di hospital dan pulang ke kampung.

memang sungguh mujarab perubatan yang diberikan oleh pihak klinik dan hospital dengan izin alllah yang maha berkuasa, hanya beberapa jam kemudian, rasa berdenyut dan kebas kepala penulis telah beransur berkurang dan hilang sepenuhnya.

Jika tidak menerima rawtan segera, penulis berkemungkinan terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lama lagi, dan mungkin membawa maut. Namun dengan kuasa Allah melalui pegawai perubatan dan doktor, akhirnya keadaan penulis kembali stabil.

Inilah pengalaman petama penulis menerima rawata yang serius dari pihak hospitan sehinggakan dapat naik ambulan.

Wednesday, March 9, 2011

Hujan Rahmat

Tidur malam tadi sungguh nyenyak. Suasana hujan renyai dan lebat bersilih ganti menyulubungi mimpi yang asyik.

Memang menjadi rutin harian En Fikrilah yang paling awal bangun. Semua menyiapkan diri masing-masing, sehinggalah giliran En Amar yang paling cepat mandi disusuli En Shazwan yang sabar menunggunya. Hujan pada waktu itu masih lagi belum reda, malahan semakin melebatkan dirinya. En Amar dan En Tokey merenung jam yang semakin laju bergerak menghampiri jam 7.35. Dengan keadaan hujan sebegini mana mungkin mereka dapat ke sekolah dengan menaiki motorsikal Kriss merah+hitam NAS nya itu. Lalu, saya mempelawa mereka menaiki kereta En Fikri yang satu sekolah dengan saya untuk menghantar mereka ke SK Anak Ikan yang nyaman dan damai itu.

Keadaan hujan masih belum berhenti. Masa yang semakin menghambat, ditambah pula keadaan hujan, menambahkan lagi tekanan kepada kami. Tidak mengapalah, kalau terlewat sedikit pun nak buat macam mana, darurat. Kita buat sehabis baik.

Jarak kereta dengan hadapan rumah kami pula agak jauh, terpaksa merentasi hujan yang lebat. Semua perlu bergerak dengan cepat. En Fikri telah masuk ke dalam kereta, nampak seperti ada tompokan air pada bajunya di atas bahu. Diikuti En Wan Ahmad(saya), En Hafizi, Dan En Amar. En Tokey meminjam baju hujan jiran sebelah dan membuka kunci pintu pagar terlebih dahulu. Kemudian beliau memulangkan baju hujan dan giliran dia pula untuk masuk ke dalam kereta tanpa baju hujan. Beliau telah berlari dengan begitu laju sekali ikut kemampuan umurnya yang paling tua untuk masuk ke dalam kereta. Sebenarnya beliau tersilap pintu, kerana pintu yang ditujunya itu adalah rosak dan tidak boleh dibuka dari luar. Kami di dalam kereta telah memberi syarat supaya jangan masuk melalui pintu itu, namun beliau tidak menghiraukannya. Dalam keadaan hujan itu dia menerkam pintu yang rosak itu lalu menarik pembuka pintu sekuat hati. Disebabkan terlalu kuatnya dia menarik pintu itu, ini menyebabkan pembuka pintu itu patah dan tercabut terpelanting. Ramai orang kata, En Tokey memang ganas dan rakus, dan memang benar cerita itu, bukan dongengan lagi. Tuan empunya kereta tidak terkata, hanya diam, dan yang lain bergelak ketawa melihat En Tokey. En tokey masih bertenaga dan mencari pintu yang di sebelah yang saya masuk. Akhirnya beliau dapat masuk tapi dengan keadaan yang paling basah. Nak cepat supaya tak basah, tapi sebalinya pula yang berlaku. Memang kesian pada dia. En Tokey kena ganti pembuka pintu kereta, dan basah yang teruk.

Itula, aku dah cakap, jangan gelojoh, bertindak mengikut arahan, ko tu dah la tua, nasib baik tak ada sakit jantung. Hati-hati ye lain kali.