Showing posts with label politic. Show all posts
Showing posts with label politic. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Kita Merdeka Lagi

Apabila kebuluran simpati,
Mereka meminta-minta untuk dibalas budi,
Bagaikan lagu muzik orang kurang upaya(OKU) di jalanan mencari sesuap nasi,
Boleh dikatakan seperti terlalu daif, bukan lagi gah dan berani,
Cuma tunggu hanya mati, cuma tunggu hanya mati, cuma tunggu hanya mati.


-Wanahaf/joe-

Sunday, July 17, 2011

BERSIH


Telah beberapa hari berlalu Perhimpunan Haram yang dikatakan oleh kerajaan diadakan. Sejauhmanakah pulan penghayatan anda semua terhadap betapa haramnya perhimpunan itu? Anda punyai mata, telinga, akal... jadi anda mungkin telah punyai jawapan akan kenapa mereka bertindak untuk mengadakan perhimpunan yang pada kaca mata saya adalah aman itu.

Terlalu banyak komentar yang diberikan. Sehinggakan jemu untuk mengambil tahu tentang perkara itu lagi. Jika baca akhbar harian, utusan malaysia, tengok TV3,TV1, pastinya anda akan melihat betapa hebatnya kerajaan dalam menghalang perhimpunan itu. Jika anda mengikuti perkembangannya dari arus media yang lain pula, seperti blogger, tv internet, facebook dan sebagainya, anda akan melihat pula betapa kejamnya kerajaan yang menghalang BERSIH.

Dalam mendapatkan cerita dan berita sebenar, anda mestilah pelbagaikan sumber anda. Insyaallah anda akan dapat membuat satu keputusan yang tepat dalam menilai isu ini.

BERSIH juga bukan sahaja berlangsung di Malaysia, malah turut diadakan di Melbourne, Mesir, AS, UK, dan beberapa buah negara yang lain.


Thursday, May 7, 2009

Perlembagaan DiLacur Lagi Pada Sidang Dun Perak

Tergerak di hati penulis untuk menulis lagi berkaitan politik. Bermula Jam 9.00 pagi tadi penulis telah mengikuti laporan yang telah dikeluarkan oleh website http://malaysiakini.com dan blog saudara YB Titi Serong(http://idhamlim.blogspot.com) Sehingga sekarang masih lagi mengikutinya. Penulis mendapati perlembagaan semakin dilacurkan demi kepentingan puak-puak tertentu. Arahan speaker dewan sudah tidak dihiraukan seolah-olah tiada apa-apa kuasa lagi. Lebih buruk lagi apabila speaker yang sah diseret keluar dewan oleh segerombolan polis yang masuk ke dewan. Semua ini sepatutnya tidak berlaku. Pihak BN telah melantik seorang speaker baru walhal V Sivakiumar masih lagi speaker yang sah. Semua ini telah terjadi apabila BN tidak lagi mendaulatkan perlembagaan. 

Kenapa penulis berkata demikian? Sebabnya senang sahaja, di dalam perlembagaan ada menyebut bahawa keputusan speaker dewan tidak boleh didakwa oleh sesiapa pun di mana-mana mahkamah sekalipun. Ini bermakna semua yang V Sivakumar lakukan adalah betul menurut di sisi undang-undang. Jadi kenapa BN perlu pandai-pandai bawa kes itu ke mahkamah? Kenapa gatal sangat nak lantik speaker baru sedangkan V Sivakumar belum lagi letak jawatan? Siap bawak masuk geng2 entah dari mana datangnya semata-mata nak bawak keluar Sivakumar keluar dewan. Memang jahat. Memang betul kata orang, mereka ini sanggup menidakkan apa yang betul dan membetulkan apa yang salah demi kepentingan puak-puak mereka.

Bagi penulis, kalaulah BN bersifat gentlemen, bubar saja dewan, kita tengok rakyat pilih siapa. Kata negara demokrasi. Kalau memang rakyat pilih BN, teruskan je la memerintah, kalau kalah, kalah la. Apa boleh buat, dah rakyat tak suka. Terima je lah. Insaflah wahai BN. Diharap harapan Raja Muda kepada DS Nizar tidak hanya ternoktah semasa sidang tadi sahaja, harap ada tindakan susulan yang boleh menjernihkan dan mendamaikan kedaan yang makin tegang ini. Moga tuanku sekluarga hidup dirahmati.