Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Air Terjun.. try n error

camera: nikon 1
set: manual
lens: 10-30
f:16
s: 1/2-2
iso :100-400
lokasi: lata kekabu, lenggong, perak darul ridzuan









Wednesday, June 19, 2013

TRIP MEE UDANG PERAK 650 & 250 KL

Penulis sempat merasa mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang setelah berhijrah mencari rezeki di bumi redzuan baru-baru ini. Secara jujurnya mee udang tersebut memang sedap dan penulis boleh berikan markah 10/10. Rasanya memang enak sekali. Teringat pada arwah che yang suka makan mee rebus.

Harganya berbaloi. Namun sedikit kurang enak apabila pengurusan yang kurang cekap samada dari pihak kedai atau kami yang dalam jumlah agak ramai dalam sistem pembayaran selepas makan. Apa pun tetap boleh dipuji dan mungkin masalah tersebut terpencil sahaja.

Penulis sempat merakam sedikit kenangan buat tatapan semua. Jemput makan sahabat.

Aminah, jom makan mee udang.












BIKE WEEK SIMPANG PULAI - CAMERON HIGHLAND

Sudah menjadi tradisi bagi pemilik motor besar mahupun kapcai yang suka dengan aktiviti layanan 'konar' di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland. Dengan anggaran jarak 50km itu, sudah pastinya satu perasaan puas terpancar bagi setiap rider yang baru saja turun dari CH. Seawal jam 9 pagi pada hujung minggu sabtu dan ahad, jika anda berada di Petronas Kg Tanjung, anda akan bertembung dengan kumpulan-kumpulan bigbike yang mahu melayan konar di jalan tersebut. dan jumlah motor akan bertambah dari minit ke minit hingalah jam 1 tengahari tanpa henti. Ada yang baru naik, dan ada juga yang telah selesai turun yang akan singgah di petronas tersebut.




Bagi seorang rider yang baru, hendaklah rider tersebut mengenali jalan tersebut terlebih dahulu sebelum beraksi seperti teknik-teknik yang bersesuaian, langkah berjaga-jaga, dan tunggangan yang berhemah sepanjang mendaki dan menuruni bukit yang berliku-liku. Sedikit tips mungkin boleh difikirkan sepanjang ride ialah: penggunaan brek depan dan belakang, penggunaan gear yang sesuai, kelajuan yang sesuai, pandangan mata yang sesuai, mengetahui keadaan jalan, dan juga kedudukan motor pada garisan yang bersesuaian. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah berjumpa dengan pakar yang boleh menerangkan dengan lebih lanjut perkara-perkara penting semasa ride tersebut.

kebiasaanya bila dah tiba di check point iaitu Avant Chocolate @ Green View, rider akan berehat seketika dengan melayan teh dan bersembang sebelum turun ke Simpang Pulai. 

















Thursday, August 30, 2012

Realiti dan Impian

Ku mulakan celoteh kali ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu banyak cerita yang telah berlalu. Awal tahun ini aku telah berjaya melepasi satu kitaran hidup daripada kehidupan seorang pelajar kepada alam pekerjaan. Alhamdulillah, setelah selesai belajar dan terus belajar selama 5 tahun setengah, akhirnya aku ditawarkan untuk bekerja dengan kerja yang setimpal. Terima kasih, syukur ya Allah. dengan itu, maka dapatlah aku menikmati kehidupan aku dengan sendirinya. Tak perlu lagi meminta duit dari orang tua mahupun adik beradik. Kini giliran aku pula menyumbangkan apa yang aku ada kepada mereka. Tak perlu lagi aku meminta daripada mereka untuk makan minum, pakaian dan juga kelengkapan lain. Satu kenikmatan yang tak terhingga. Dari saat itulah juga aku mula berfikir jauh ke depan bagi menyempurnakan hidupku dan memenuhi impian dan cita-cita.

Aku mengejar impianku yang pertama iaitu memberikan wang untuk kedua orang tuaku, ya, aku berjaya seadanya. Dan aku akan teruskan  sepanjang hayatku, insyaallah. Namun untuk ayah aku masih boleh teruskan, tapi tidak lagi untuk che yang baru saja genap 2 bulan meninggalkan kami. Ku kirimkan doa kesejahteraan yang berpanjangan untukmu che. Sayang kamu ibu.

Aku juga kini telah memiliki sebuh tebuan kuning(er6-n) yang menjadi temanku. Sudah lama kuimpikannya. Dan akhirnya ku berjaya memilikinya. Alhamdulillah, akan kugunakan anugerahMu ini sebaik-baiknya.

Namun semua ini tidaklah menjamin kebahagiaan bagiku. Duit bukanlah segalanya. Apa yang lebih penting ialah kesempurnaan sebagai seorang mukmin. Jiwaku masih tidak tahu hala tuju yang jelas. Mungkinkah kahwin ubatnya? Teringat akan satu hadis yang membawa maksud bahawa ibadah seorang mukmin akan berganda apabila telah berkahwin. Semoga ku akan ketemu jodoh yang baik untuk menyempurnakan kehidupanku ke arah yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang, insyaAllah.

Ku undurkan diri demi kebaikan mu dan keluargamu. Semoga kamu berbahagia dan dijodohkan dengan orang yang lebih baik dari ku.

Kupilih dirimu untuk menyempurnakan hidupku. semoga dirimu dapat menerimaku se adanya dan insyaAllah ku akan menjaga dan membimbing dirimu sebaik-baiknya.


Insyaallah.


Wednesday, January 4, 2012

Motorcross






Dalam dunia hari ini, terdapat berbagai-bagai hobi yang menjadi kegilaan. Setiap hobi itu pula ada yang bermusim, ada yang berpanjangan, dan ada juga yang bersifat sementara.

Di Kampung Bari Besar, kampung penulis sememangnya terdapat pelbagai hobi yang boleh diceburi, cuma bergantung kepada diri seseorang untuk mencuba hobi itu. Minat merupakan satu perkara yang paling mustahak. Jika anda buat sesuatu, pastikan anda betul-betul meminatinya, kerana dengan itu barulah hadirnya satu kepuasan dalam diri anda dan ianya akan membawa kebahagiaan dalam diri. Selain minat, seseorang itu juga mestilah mempunyai peruntukan kewangan yang bersesuaian dengan pendapatan anda. Fikirkan apa yang menjadi keutamaan dalam hidup anda terlebih dahulu, kemudian barulah hobi anda.

Semenjak kebelakangan ini, kampung penulis telah dilanda satu fenomena hobi baru iaitu hobi terhadap MOTORCROSS/CUBCROSS.

Sebagai pengenalan, motor ini sebenarnya dimodifikasi dari motor jenis kapcai dan kemudian menjadi satu motor yang seakan sama seperti Motorcross. Motorsikal kapcai yang menjadi kebiasaan untuk di modifikasi adalah dari jenis Suzuki RG, Yamaha RXZ, Honda Cub, dan pelbagai jenis motor lain lagi yang boleh diubah mengikut kesesuaiannya. Antara jenis motorsikal tersebut, yang paling popular untuk dijadikan motorcross adalah dari jenis Suzuki RG yang dikatakan mudah diubahsuai.

Motor yang diubah ini biasanya dibeli dengan harga yang rendah di bawah RM1000 dan kebiasaannya motorsikal ini telah tersadai lama atau yang telah rosak. Dengan kemahiran yang ada pada mekanik motorsikal, mereka akan membaiki motorsikal ini, dan seterusnya mengubah bentuknya dan dijadikan sebuah motorcross. Anda yang mahu membeli motor dengan harga murah ini diminta berhati-hati, jangan terlalu mudah membeli kerana dibimbangi jika motorsikal yang dibeli itu adalah motorsikal.

Bagi kos menyiapkan sesbuah motorsikal ini pula,apa yang paling penting sekali adalah motorsikal yang ingin diubahsuai. Sebagaimana yang tercatat diatas, harganya dalam lingkungan RM500 kebawah. Kemudiannya adalah barangan yang diperlukan untuk membina kerangka motorcross yang terdiri daripada besi yang pelbagai jenis, serta alatan kimpalan untuk mencantumkan besi-besi tersebut. Juga diperlukan ialah aksesori lain seperti cover set, rim, tayar, dana sebagainya. Kos bagi bahagian tersebut dianggarkan lebih kurang RM1500 - RM2000. Dan ianya bergantung kepada kualiti barangan yang dipilih oleh pemilik. Bagi kos mekanik pula adalah lebih kurang RM500 ke bawah. Walaubagaimanapun, kos di atas boleh dikurangkan lagi mengikut kepandaian pemiliknya mendapatkan barangan tersebut.

Di kampung penulis, mereka telah mempunyai mekanik sendiri, serta alatan sendiri untuk mengubah suai motorsikal yang diinginkan. Satu workshop yang lengkap dibina bagi memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. dengan cara ini, kos untuk menyiapkan sesebuah motorsikal dapat dijimatkan lagi.

Motorsikal yang telah siap dibawa ke trek untuk dicuba dan seterusnya beraksi. Cara mereka 'bermain motorcross ini adalah sama seperti perlumbaan motorcross yang dapat dilihat di dalam televisyen. Mereka hanya berlumba untuk kepuasan semata-mata tanpa keuntungan dari segi wang.

Walaupun begitu, tidak pelik jika ada orang mampu menjadikan hobi ini sebagai satu hasil kewangan kepada mereka. Motorcross yang telah siap dimodifikasi mendapat permintaan dikalangan peminat motorcross. Sebuah motorcros yang telah siap boleh dijual sehingga mencecah RM3000 dan lebih.

Sunday, July 17, 2011

Bawal Pirana dah Mati

Salah seekor daripada 2 ekor ikan bawal pirana saya telah mati. punca kematian belum dikenal pasti. ikan ini dibeli pada 2 tahun lepas sebesar 3 jari sahaja, sekarang telah membesar ehingga melebihi saiz tapak tangan, mungkin 2 tapak tangan.

Terima kasih.

Sunday, October 24, 2010

Sudut Pandang Bonsai



Salam Bonsai. Dalam bermain bonsai, sudah anda perlu tahu asas-asas bagi bonsai. dalam post ini, penulis akan berkongsi dengan teman sekalian mengenai sudut pandang bonsai. Sudut pandang, exposed visual, muka, adalah suatu perkara yang sama.
Sudut pandang dalam bonsai bererti suatu tempat di mana kita ingin memperlihatkan bonsai kita pada orang ramai. Juga boleh dikatakan sebagai sudut tontonan orang ramai. dari sudut inilah bonsai kita akan kelihatan sempurna dan memukau pandangan orang ramai yang melihat.
Sudut pandang ini amat penting dalam menyembahkan apa yang ingin disamapikan bagi sepohon bonsai. Jika tersilap memilih sudut pandang yang bersesuaian, maka kita tidak dapat menyampaikan apa yang ingin kita persembahkan dari segi gaya yang ingin ditonjolkan, keunikan dan keharmonian bonsai tersebut.
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam memilih sudut pandang bagi suatu pohon bonsai. Cara menentukan sudut pandang bagi sepohon bonsai adalah berbeza-beza mengikut gaya yang diinginkan oleh pemiliknya. disini terdapat beberapat tips yang boleh membantu anda dalam menentukan sudut pandang suatu pohon bonsai.
  • pilih banir yang paling menonjol
  • lenggok batang yang paling menonjol
  • perdahanan yang melebihi 2/3 daripada pohon, bertujuan menonjolkan batangnya dan menyerlahkan susun atur daun bahagian lain
  • terdapat titik fokal yang unik, seperti jin, shari.
Sungguhpun begitu, terdapat juga cara yang lain dalam menentukan muka atau sudut pandang bagi suatu pohon bonsai.
Jika terdapat kesalahan dari segi isi di atas, pembetulan amat dialu-alukan.
Sumebr:Ust Anuar Alias.
P/s: mungkin terdapat tatabahasa yang salah dan penggunaan istilah yang salah, sama-sama baiki ye..

Monday, August 16, 2010

Tasik Kenyir

Pada cuti hujung tahun lepas, penulis tidak melepaskan untuk bersama-sama beberapa orang rakan dari Jabatan Imigresen Negeri Terengganu telah memulakan cabaran menaikkan toman di Tasik Kenyir. Banyak cerita di kedai kopi yang mengatakan bahawa Tasik Kenyir terdapat banyak ikan toman serta bersaiz besar. Ini memandangkan tasiknya yang sangat luas dan terdapat pelbagai spesis ikan kecil sebagai makanannya. Namun begitu, terdapat juga ikan lain seperti ikan baung, ikan belida, dan baru-baru ini dikejutkan dengan cerita ikan naga di tasik ini. Semua ikan ini adalah antara spesis yang mampu membesar pada saiz yang amat besar. dalam trip kali ini, ayah penulis juga yang merupakan seorang kaki pancing turut serta. Ayah penulis boleh di anggap sebagai orang lama dalam hobi memancing.

Kami memulakan perjalanan di Empangan Janakuasa Hidroelektrik Tasik Kenyir seawal jam 8 pagi dengan menyewa sebuah house boat, atau rumah bot. house boat ini mampu memuatkan antara 10-20 orang pada satu-satu masa bergantung pada saiznya. di atas bot ini terdapat pelbagai kemudahan seolah-olah seperti sebuah rumah. antara kemudahan yang ada seperti dapur untuk memasak, perlatan memasak, tempat tidur berserta tilam dan bantal, dan bilik air. amat selesa sekali apabila berada di atas house boat. Jika anda inginkan hiburan anda boleh menyewa house boat yang terdapat televisyen berserta astro tetapi dengan harga yang agak mahal sedikit namun masih berpatutan.

Perjalanan dari empangan ke lubuk untuk memancing, iaitu Sungai Mala memakan masa hampir 5 jam. dalam perjalanan itu penulis dapat menyaksikan pelbagai flora dan fauna yang amat menarik sekali. keindahan hutan semulajadinya amat manarik perhatian para pengunjung. kami tiba di Sungai mala pada jam 1 petang. house boat di ikat pada tunggul batang pokok yang telah mati di dalam air sebagai ganti sauh. maka dari situ, bermulalah misi memburu toman. Joran disiapkan, di letakkan umpan dan baling ke mana-mana sudut yang dirasakan toman berada. penulis hanya menggunakan tali serek atau poyang yang disediakan oleh ayah penulis untuk memancing.

terdapat pelbagai jenis umpan yang digunakan iaitu umpan tiruan mahupun umpan hidup seperti anak keli, anak puyu, dan sepat.

hari pertama kami agak tidak bernasib baik kerana hanya ikan sebarau dan beberapa ikan kecil sahaja yang berjaya dinaikkan. ianya hanyalah cukup-cukup sebagai santapan pada hari tersebut. namun begitu, kami tidak berputus asa.

pengalaman bermalam di atas rumah bot tidak boleh dilupakan. pada sebelah malam, aktiviti memancing terus dijalankan. banyak cerita yang dibualkan dalam menunggu umpan ditarik toman. banyak tali mancing yang putus, dan ada juga yang mata kailnya terbuka dibaham toman atau setaraf dengannya. pengalaman ini amat menyeronokkan. ternyata di tasik kenyir memang terdapat ikan yang besar.
pada keesokkannya kami mencuba lagi. ternyata keunggulan seorang pemancing profesional amat terserlah apabila ayah saya telah berjaya menaikkan seekor toman sebesar 4 kg. ini amat mengujakan kerana dalam kumpulan ini, hanya beliau sahaja yang mampu menaikkan toman. amat sukar untuk menaikkan toman di sungai mala. mungkin tempat tersebut bukan lubuk toman yang sebenar.


Sunday, January 10, 2010