Showing posts with label bussiness. Show all posts
Showing posts with label bussiness. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Penulis masih ingat sewaktu membawa arwah Che(ibu) penulis ke kedai emas membeli emas. Dan pada waktu yang sama Che juga menanyakan harga gelang yang dipakai sebelum ini berapa nilainya. Kedai emas menjawab rm3+++ dan harga sewaktu beli dulu hanyalah rm15++. Hanya berselang 5 tahun sahaja harga emas tersebut telah melonjak sekali ganda. Dari saat itu, penulis berfikir, adalah baik kalau simpan emas berbanding duit biasa dalam akaun simpanan. 

Penulis telah memulakan simpanan tersebut sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Sehingga sekarang, penulis juga telah menjadi dealer kepada satu syarikat jualan emas iaitu Public Gold. Jadi jika ada antara pembaca sekalian inginkan menyimpan emas juga, boleh hubungi penulis dan penulis akan menceritakan bagaimana menyimpan emas menjamin masa depan. 





Tuesday, May 11, 2010

Malam Kebudayaan Dan Keusahawanan

Setelah sekian lama IPG Sultan Mizan menyepi, dengan usaha yang telah dijalankan oleh JPP serta AJK Blok Kediaman, akan diadakan satu malam untuk semua warga IPG bergembira dan berhibur dikala kebosanan yang melampau dengan Malam Kebudayaan Dan Keusahawanan. Bagi penulis, ini adalah satu usaha yang amat baik sekali dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga IPG. Di samping itu juga, ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk berhibur dikala hati yang sentiasa tertekan dengan isu-isu yang panas dari pihak atasan. Bagi mereka yang meminati bidang perniagaan pula, mereka boleh menunjukkan bakat mereka dalam meniaga apa sahaja barangan selagi ianya tidak haranm dan halal di sisi syara'.

Penulis yang sememangnya seorang yang sukakan kepada perniagaan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk mencari duit belanja. Kebetulan penulis menemui seorang rakan yang juga ingin berniaga juga, tetapi memerlukan partner, jadi penulis telah bersetuju untuk menyewa satu tapak jualan pada malam tersebut untuk kami berniaga.

Setelah berbincang, kami telah memutuskan untuk menjual tudung 'bibik' macam tudung indon, pin kartun, jersi piala dunia bola sepak dan madu lebah asli. Perniagaan ini dijalankan secara bersama-sama, modal 50-50, untung 50-50, kerja, sama-sama. Diharap gerai kami akan dikunjungi ramai pelanggan dan membeli sekurang-kurangnya satu barang dar gerai kami. Good luck.

p/s:gambar akan menyusul

Tuesday, January 5, 2010

Perniagaan Keli

Salam semua. Selamat tahun baru.
Perkembangan terbaru perniagaan keli penulis nampaknya telah menunjukkan prestasi yang amat positif sekali. Alhamdulillah, ikan keli yang diternak oleh penulis belum matang lagi, tetapi permintaannya amat positif sekali. Penulis hanya memerlukan 2 atau 3 pengusaha kantin atau dewan makan sekolah sahaja. Ianya amat memadai untuk menghantar ikan keli penulis sebagai permulaan perniagaan keli. Buat masa sekarang, penulis telah menerima tempahan sebanyak 200kg/minggu.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, penulis terpaksa menjadi pemborong ikan keli dari penternak keli yang berhampiran kawasan penulis. Ini adalah bertujuan untuk menjamin pasaran pada masa hadapan ternakan ikan keli penulis sendiri.

Ramai orang yang bimbang akan pasaran keli, tetapi sebenarnya kita hanyalah perlu berfikir lebih proaktif untuk memasarkan ikan keli kita sendiri. Kita perlu rajin mencari pasaran sendiri tanpa mengharapkan pemborong datang membeli ikan kita dengan harga yang amat murah dan tidak berapa menguntungkan.

Penulis telah mengajak beberapa penternak keli bagi bekerjasama dalam menstabilkan ternakan keli ini. Ini adalah bagi menjamin permintaan dapat dipenuhi dengan sepenuhnya tanpa halangan.
Buat masa sekarang, penulis telah memelihara sebanyak 6000 ekor keli, di dalam 4 tangki kanvas yang besaiz 4kaki x 15kaki x 2.5kaki yang berusia 1bulan. Mengikut jangkaan yang dibuat, keli penulis ini akan dijual pada awal bulan mac hadapan. Bagi memenuhi permintaan pasaran lagi, penulis telah menambah satu lagi tangki yang besaiz satu kali ganda iaitu 8kaki x 15 kaki x 3kaki yang boleh memuatkan 3000 ekor keli.

Diharap perusahaan ini akan berjalan mengikut apa yang telah dirancang tanpa menghadapi sebarang masalah.