Sunday, January 10, 2010

Bubur Asyura Awal Muharram
















Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, penulis tidak melepaskan peluang dalam menyambut awal Muharram pada tahun ini. Pada 3 Muharram yang lepas, penulis telah sempat bersama-sama masyarakat tempat tinggal penulis dalam menjayakan program gotong royong masak bubur asyura. Sebanyak 4 kawah bubur asyura telah dimasak. Aktiviti ini telah diketuai oleh Pok Asan yang merupakan Bapa saudara Penulis dan tukang masaknya di ketuai oleh Ayoh Chik Mat yang merupakan bapa penulis.










Program ini telah bermula pada jam 8 pagi memandangkan untuk bubur asyura masak sepenuhnya, ianya memakan masa yang agak lama. Ianya telah turut disertai oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua, muda, dan kanak-kanak dan juga melibatkan kaum Adam mahupun golongan Hawa. Kerjasama dari golongan muda amat diperlukan dalam mengacau bubur asyura. Golongan Hawa pula melakukan tugas seperti menyediakan bahan-bahan seperti kelapa goreng, bawang, rempah serta makan tengahari sementara menunggu bubur masak. Kanak-kanak pula sebagai penyeri lagi aktiviti dengan berbagai-bagai gelagat yang melucukan.










Daripada aktiviti ini, banyak faedah yang telah diperolehi oleh semua yang yang terlibat. Antaranya ialah ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama umat islam setempat. Segala kerjasama dari semua yang terlibat dapat merpatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dalam menyediakan bubur ini yang telah menjadi amalan sekian lama dalam menyambut awal Muharrram.















Koleksi Bonsai Yang Terbaru







Tuesday, January 5, 2010

Perniagaan Keli

Salam semua. Selamat tahun baru.
Perkembangan terbaru perniagaan keli penulis nampaknya telah menunjukkan prestasi yang amat positif sekali. Alhamdulillah, ikan keli yang diternak oleh penulis belum matang lagi, tetapi permintaannya amat positif sekali. Penulis hanya memerlukan 2 atau 3 pengusaha kantin atau dewan makan sekolah sahaja. Ianya amat memadai untuk menghantar ikan keli penulis sebagai permulaan perniagaan keli. Buat masa sekarang, penulis telah menerima tempahan sebanyak 200kg/minggu.

Bagi memenuhi permintaan tersebut, penulis terpaksa menjadi pemborong ikan keli dari penternak keli yang berhampiran kawasan penulis. Ini adalah bertujuan untuk menjamin pasaran pada masa hadapan ternakan ikan keli penulis sendiri.

Ramai orang yang bimbang akan pasaran keli, tetapi sebenarnya kita hanyalah perlu berfikir lebih proaktif untuk memasarkan ikan keli kita sendiri. Kita perlu rajin mencari pasaran sendiri tanpa mengharapkan pemborong datang membeli ikan kita dengan harga yang amat murah dan tidak berapa menguntungkan.

Penulis telah mengajak beberapa penternak keli bagi bekerjasama dalam menstabilkan ternakan keli ini. Ini adalah bagi menjamin permintaan dapat dipenuhi dengan sepenuhnya tanpa halangan.
Buat masa sekarang, penulis telah memelihara sebanyak 6000 ekor keli, di dalam 4 tangki kanvas yang besaiz 4kaki x 15kaki x 2.5kaki yang berusia 1bulan. Mengikut jangkaan yang dibuat, keli penulis ini akan dijual pada awal bulan mac hadapan. Bagi memenuhi permintaan pasaran lagi, penulis telah menambah satu lagi tangki yang besaiz satu kali ganda iaitu 8kaki x 15 kaki x 3kaki yang boleh memuatkan 3000 ekor keli.

Diharap perusahaan ini akan berjalan mengikut apa yang telah dirancang tanpa menghadapi sebarang masalah.

Tuesday, October 20, 2009

Tips LC 135

Hari ini penulis ingin berkongsi beberapa tips dalam penjagaan motorsikal LC berdasarkan pengalaman penulis sepanjang menggunakan motorsikal jenis ini. Penulis telah menggunakan motorsikal ini lebih kurang 2 tahun. Paling penting sekali dalam mengekalkan prestasi enjin motor ini, penjagaan minyak pelincir amatlah penting. tempoh pertukaran dan jenis minyak pelincir juga memainkan pernan penting. Untuk itu jika saudara atau saudari yang menggunakan motor jenis ini janganlah segan-segan untuk menggunakan minyak pelincir yang mahal demi masa depan enjin motor anda.
Ini telah terbukti apabila penulis sendiri telah mengambil remeh akan hal tersebut dan telah menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Penulis telah gagal menukar minyak pelincir pada tempoh yang sepatutnya, ini telah menyebabkan enjin motor penulis terpaksa di "overhall" atau buka enjinnya kerana masalah piston dan menyebabkan clutch rosak. Enjin juga menjadi terlalu bising.
Kos untuk membaikinya pula mencecah RM 500.
Jadi kepada sesiapa yang turut menggunkan motor jenis ini, sila tukar dan gunakan minyak pelincir yang berkualiti. Tempoh masa pertukaran yang disyorkan oleh mekanik adalah 2500-3000km, manakala jenis minyak yang berkualiti adalah seperti Motul, Shell, dan The Blue.
Beringat-ingat sebelum kena...

Wednesday, September 16, 2009

Laptop aku direlaikan satu persatu.







Salam.

Semalam lapatop aku rosak. Tak boleh on lama. Kalau lama sikit mati dengan sendiri. Aku bagi dekat kawan aku baiki, katanya 'overheat' atau panas melampau. Jadi kena buka kat bahagian kipasnya. Aku tak percaya akhirnya laptop aku direlaikan satu persatu hanya kerana mencuci dan ubah suai kipas tersebut. tetapi tak mengapa sebab ianya berjaya. yeah... sekarang panas dah tiada lagi.



Friday, August 14, 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Tuesday, August 4, 2009