Wednesday, March 30, 2011

Disengat tebuan, Pertama kali naik ambulan.

Kali ini penulis ingin menceritakan peristaiwa malang yang menimpa penulis.

Pada senja jumaat lepas, bapa saudara yang mentewa rumah orang tua penulis di depan ruman kami telah meminta penulis membersihkan laman rumah yang terdiri dari daun pokok paku yang tua, daun kelapa, dan juga sampah yang agak semak di laman rumah kami. Oleh itu, penulis yang sememangnya meminati akan laman yang kemas dan rapi, penulis dengan berkopiah, t-shirt, dan seluar jeans biru lusuh turun ke laman rumah dengan membawa gergaji dan pemotong dahan untuk mengerat apa yang patut.



Penulis telah memulakan dengan memotong daun pokok paku yang tua dengan menggunakan gergaji. oleh kerana pokok paku agak tinggi, jadi penulis tunduk berada di bawah daun pokok paku sambil memotong daun yang tua. Setelah beberapa pelepah dikerat, kopiah penulis tersangkut di duri pelepah pokok paku, lalu menyebabkan kopiah terjatuh dari atas kepala penulis.

Penulis menunduk untuk mengambil kopiah yang terjatuh, tiba-tiba terasa seperti ada serengga seperti tebuan tanah menghinggap di atas kepala. Lantas penulis mengibas tebuan tersebut, akan tetapi masih ada lagi seekor datang menghinggap di atas kepala menulis menjadikan dua ekor tebuan telah menyengat di atas epala penulis.

Terasa kebas dan berdenyut yang teramat sekali, sehinggakan terkeluar air mata penulis menahan kesakitan yang teramat sekali itu. Dalam keadaan yang amat terseksa ini, penulis telah mendapatkan panadol sebagai penahan sakit. Tetapi kepala yang berdenyut dan kebas ini masih lagi belum hilang.

Oleh kerana tidak sanggup dan bimbang jika berlaku kesan lain memandangkan bahagian yang terkena sengatan adalah kepala, penulis membuat keputusan untuk ke klinik kesihatan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta. Apabila setibanya penulis di sana, penolong pegawai perubatan yang bertugas menanyakan
MA: Kat mana disengat?
Penulis: Di bahagian kepala.
MA: Berapa ekor?
Penulis: 2 ekor atau lebih, saya tidak pasti.
MA: Owh, kalau lebih dari seekor, awak perlu ke hospital besar (HSNZ, KT).
Penulis; Betul ke?
MA: Ya betul, pergi dengan ambulan akan hantar.

Dalam hati penulis,.... naik ambulan? hospital besar? hebat betul sengatan tebuan. Sememangnya sengatan tebuan memang berbisa, ada kes yang sehinggakan membawa maut.

Semasa di klinik, penulis disuntik di bahagian bahu kiri dan kanan. satu saluran untuk menyalurkan air juga dicucuk di pergelangan tangan kanan.

beberapa minit kemudian, ambulan tiba di hadapan wad kecemasan, dan penulis diminta naik ambulan. Penulis ditemani seorang jururawat. Inilah merupakan pertama kali penulis naik ambulan. Dengan bunyian 'pong peng pong peng', ambulan bergegas ke HSNZ.

Penulis tiba di HSNZ di wad kecemasannya. baru saja awal bulan ini, penulis datang ke wad kecemasan kerana abang penulis meninggal. Masih terbayang raut wajah arwah terlunjur di atas pengusung.

Sesampainya di hospital, doktor yang bertugas telah memeriksa tempat disengat. Kemudian doktor telah mengarahkan jururawat memasukkan air melalui pergelangan tangan yang telah dicucuk tadi. Pada masa itu, denyutan dan kekebasan masih lagi terasa. semasa di atas katil pesakit, tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya kepala penulis. Mengiring, terlentang dan bermacam lagi, namun sakit tetap tidak hilang. Amat menguji kesabaran.

Setelah selesai dan habis air sebotol air, penulis diberi ubat dan boleh pulang. Pada hari tersebut, abang penulis yang bernama fakhrurazi berada di KT, dan penulis meminta beliau mengambil penulis di hospital dan pulang ke kampung.

memang sungguh mujarab perubatan yang diberikan oleh pihak klinik dan hospital dengan izin alllah yang maha berkuasa, hanya beberapa jam kemudian, rasa berdenyut dan kebas kepala penulis telah beransur berkurang dan hilang sepenuhnya.

Jika tidak menerima rawtan segera, penulis berkemungkinan terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lama lagi, dan mungkin membawa maut. Namun dengan kuasa Allah melalui pegawai perubatan dan doktor, akhirnya keadaan penulis kembali stabil.

Inilah pengalaman petama penulis menerima rawata yang serius dari pihak hospitan sehinggakan dapat naik ambulan.

Wednesday, March 9, 2011

Hujan Rahmat

Tidur malam tadi sungguh nyenyak. Suasana hujan renyai dan lebat bersilih ganti menyulubungi mimpi yang asyik.

Memang menjadi rutin harian En Fikrilah yang paling awal bangun. Semua menyiapkan diri masing-masing, sehinggalah giliran En Amar yang paling cepat mandi disusuli En Shazwan yang sabar menunggunya. Hujan pada waktu itu masih lagi belum reda, malahan semakin melebatkan dirinya. En Amar dan En Tokey merenung jam yang semakin laju bergerak menghampiri jam 7.35. Dengan keadaan hujan sebegini mana mungkin mereka dapat ke sekolah dengan menaiki motorsikal Kriss merah+hitam NAS nya itu. Lalu, saya mempelawa mereka menaiki kereta En Fikri yang satu sekolah dengan saya untuk menghantar mereka ke SK Anak Ikan yang nyaman dan damai itu.

Keadaan hujan masih belum berhenti. Masa yang semakin menghambat, ditambah pula keadaan hujan, menambahkan lagi tekanan kepada kami. Tidak mengapalah, kalau terlewat sedikit pun nak buat macam mana, darurat. Kita buat sehabis baik.

Jarak kereta dengan hadapan rumah kami pula agak jauh, terpaksa merentasi hujan yang lebat. Semua perlu bergerak dengan cepat. En Fikri telah masuk ke dalam kereta, nampak seperti ada tompokan air pada bajunya di atas bahu. Diikuti En Wan Ahmad(saya), En Hafizi, Dan En Amar. En Tokey meminjam baju hujan jiran sebelah dan membuka kunci pintu pagar terlebih dahulu. Kemudian beliau memulangkan baju hujan dan giliran dia pula untuk masuk ke dalam kereta tanpa baju hujan. Beliau telah berlari dengan begitu laju sekali ikut kemampuan umurnya yang paling tua untuk masuk ke dalam kereta. Sebenarnya beliau tersilap pintu, kerana pintu yang ditujunya itu adalah rosak dan tidak boleh dibuka dari luar. Kami di dalam kereta telah memberi syarat supaya jangan masuk melalui pintu itu, namun beliau tidak menghiraukannya. Dalam keadaan hujan itu dia menerkam pintu yang rosak itu lalu menarik pembuka pintu sekuat hati. Disebabkan terlalu kuatnya dia menarik pintu itu, ini menyebabkan pembuka pintu itu patah dan tercabut terpelanting. Ramai orang kata, En Tokey memang ganas dan rakus, dan memang benar cerita itu, bukan dongengan lagi. Tuan empunya kereta tidak terkata, hanya diam, dan yang lain bergelak ketawa melihat En Tokey. En tokey masih bertenaga dan mencari pintu yang di sebelah yang saya masuk. Akhirnya beliau dapat masuk tapi dengan keadaan yang paling basah. Nak cepat supaya tak basah, tapi sebalinya pula yang berlaku. Memang kesian pada dia. En Tokey kena ganti pembuka pintu kereta, dan basah yang teruk.

Itula, aku dah cakap, jangan gelojoh, bertindak mengikut arahan, ko tu dah la tua, nasib baik tak ada sakit jantung. Hati-hati ye lain kali.


Sunday, March 6, 2011

Buat Kekandaku Pa...

Sudah lama tidak menulis. Post terakhir sebelum ni telah menceritakan 1001 kegembiraan bersama keluarga bercuti di Pakistan bersama mak, ayah dan keluarga abang Pa. Terlalu banyak memori indah semasa berada di sana. Segalanya adalah bersama.

Post kali ini mengimbas kembali kenangan penulis bersama abang pa, yang telah kembali ke rahmatullah pada malam selasa,1 mac 2011 yang lepas. Arwah telah kemalangan jalanraya mengakibatkan kecederaan yang serius di bahagian kepala apabila keretanya melanggar kuda. Innalillah..

Hanya tangisan yang keluar.. tidak mampu berkata-kata lagi...terlalu banyak kenangan bersama arwah. sejak dari kecil hingga saat ini. Kata-kata nasihat arwah akan sentiasa menjadi ingatan.

makan chiken corn soup di f-10, islamabad, beli kasut hiking, tempah dan belikan blazer untuk penulis, penasihat dalam memilih bidang kerjaya, banyak lagi..... tq very much my beloved brother... pergilah dengan tenang.. semoga kita akan berjumpa di alam yang lain...

Wednesday, January 12, 2011

Holiday in Pakistan

TERUJA

Penulis amat beruntung sekali dalam cuti persekolahan yang lepas. Abang kepada penulis yang bekerja di Pakistan telah mempelawa penulis untuk menemani che(mak) dan ayah penulis ke Pakistan. Ini adalah peluang yang amat baik sekali apabila pertama kali dapat mnjejakkan kaki di bumi asing. Terlalu banyak cerita indah dan manis sepanjang berada di Pakistan.

PERTAMA KALI NAIK KAPAL TERBANG

Untuk pengetahuan semua, ini adalah pertama kali dalam hidup penulis naik kapal terbang. Penuh tanda tanya... camna nak beli tiket, camna nak check-in barang, camna nak cari tempat duduk, camna rasa bila berada dalam kapal terbang, camna bila nak naik,camna nak 'speaking', hehe... mcm2 bermain di fikiran.. Sebenanrnya proses untuk naik kapal terbang ni tak sesusah yang disangka. Amat senang sekali. Jika anda belum pernah menaiki pesawat, jangan takut, jangan bimbang, anda baca arahan, ikut arahan, kalau tak faham tanya. Maka anda akan berjaya naik pesawat dan tiba di destinasi. Pernah juga sesekali terfikir jika pesawat terhempas camna?.. hehe.. Hanya berserah pada yang maha esa. Mati tak mengenal tempat, dan masa. Tawakkal je lah. Kami berlepas dari KLIA jam 1.00 petang waktu Malaysia, tiba di Suvarnabhumi Airport kira-kira pukul 3.30 petang. Kami transit di Bangkok selama 4 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Islamabad, Pakistan. kami tiba di islamabad dengan selamat pada jam 10.00 malam waktu Pakistan, kira-kira 1.00 pagi waktu Malaysia.


KESEJUKAN

memandangkan Islamabad bercuaca sejuk, suhu setibanya kami di Isb lebih kurang 7-9 degree. Sangat sejuk bagi kami yang bercuaca panas dan lembap di Malaysia. Mujurlah kami telah membawa jaket yang tebal, sejuk berkurangan.

DI RUMAH

Abang penulis telah menjemput kami di Benazir Bhutto International Airport. Kami dibawa ke rumahnya yang berada lebih kurang 30km dari airport, iaitu Block E-7. Kawasan ini merupakan kawasan yang agak mewah, antara jiran-jiran, mereka tidak bertegur sapa. Memang menjadi kebiasaan di pakistan, orang kaya adalah orang yang sombong.
Di dalam rumah, kami dinasihatkan supaya memakai stoking, dan pakai jaket sepanjang masa. dalam keadaan begitu, masih diperlukan pemanas yang bertindak sebagai mengurangkan rasa sejuk di dalam rumah. Memang sejuk. Terketar-ketar. Tetapi abang penulis kata, ini baru permulaan musim sejuk, bermakna ada yang lebih sejuk selepas ini. hahahahaha, sejuk macam nak mati.
Dari segi penggunaan air, memang setiap bilik ada air panas dan air paip biasa. Jika hanya air paip biasa, ianya adalah seolah-olah air yang diletakkan dalam peti ais. Cuba bayangkan macam mana nak ambil wudhuk, mandi, dan sewaktu dengannya. Memang air panas amat diperlukan. Sepanjang kami berada di sana selama 2o hari, kami boleh bilang dengan jari berapa kali kami mandi. hehe.. Walaupun tak mandi, badan kami tidak berbau seperti jika tidak mandi berhari-hari di Malaysia. hehe

TEMPAT MENARIK

ITWAR BAZAAR- merupakan sebuah pasar seperti PASAR JUMAAT KUALA BESUT, tapi lebih besar. Pelbagai barangan dijual. Antaranya kasut, pakaian, kain/fabrik, selimut, jaket,pinggang mangkuk, buah-buahan, sayur-sayuran, rempah ratus dan pelbagai makanan. untuk barangan seperti baju,kasut,jaket,selimut dan barang eletrik, bukan setakat barang yang baru sahaja dijual, malahan juga yang terpakai(bundle). Terdapat banyak pilihan pada harga yang murah-murah. Ibarat kata orang 'syurga membeli belah'. Penulis sempat membeli kasut terpakai 'onitsuka tiger, asic' pada harga rm13. memang murah sangat. penulis juga sempat mebeli jaket levis, jeans levis made in usa n uk. Air tebu sega dan makanan seperti cekodok, tapi dimasukkan rempah juga sempat penulis nikmati. Semuanya pada harga yang amat murah.

F-10-apa yang menarik dengan F-10? bagi penulis satu-satunya pengalaman makan makanan pakistan yang amat sedap adalah 'Chicken Corn Soup' di F-10. Pada hari terakhir penulis di pakistan, penulis sempat menghabiskan 3 mangkuk chicken corn soup.haha.. memang sedap. Sup ini adalah dari jagung, ayam, telur dan ada 2,3 bahan lagi yang penulis tidak apa ke bendanya..hehe. Janji sedap.

HIKING- SHAH DITTA-TAXILLA- penulis sempat mengikuti warga malaysia yang tinggal di islamabad mendaki satu pergunungan di Islamabad. dari Shah Ditta hingga Taxilla. buat pengetahuan semua taxilla adalah merupakan satu kawasan yang terdapat Muzium, tempat bersejarah, dan juga terdapatnya kilang membuat bom, kereta perisai dan senjata api bagi tentera pakistan. pendakian ini telah mengmbil masa kira-kira 4 jam.Dalam pendakian, kami telah dapa menikamati pelbagai panorama dan pemandang yang menarik. Antaranya ialah awan yang membiru, gunang ganang, tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan seperti lembu dan kambing, serta perumahan orang nomad dari Kashmir yang tinggal di kawsan pergunungan di Islamabad. Kami sempat menaiki unta milik pengembala lembu di kawasan pergunuganyang kami lalui. Pengalaman pertama naik unta.hehe Di kawasan tempat tinggal orang nomad pula, kami dipelawa masuk ke rumah mereka yang dibina dari ranting2 kayu yang berbentuk kon. sangat mengujakan. Hebat senibina rumah berasaskan dahan dan ranting-ranting pokok. Di pengakhiran pendakian ini, kami telah ke Muzium Taxilla melihat tinggalan sejarah Pakistan dan menikmati juadah di dalam kawasan muzium. Penat tapi menyeronokkan.

LADANG OREN/LIMAU-kami juga sempat ke ladang oren yang berhampiran muzium taxila. memang sedap menikmati oren segar di ladang. seperti biasa, orang pakistan memang suka menipu dan berputar belit. kami bertikam lidah dalam urusan jual beli di ladang limau ini. Dengan ketegasan, akhirnya kami dapat hak kami.hehe. Dah la pakai subang, pakai kopiah, kuat menipu.

PIR SOHAWA-merupakan sebuah tempat di kawasan Margala Hill. Dari atas bukit ini kami boleh melihat pemandangan satu Islamabad. Suasana yang amat sejuk, kami menikmati makan malam yang mahal dan tidak berapa sedap.

LAHORE-kira-kira 400km dari Islamabad merupakan antara bandar yang terbesar di Pakistan. penduduk yang padat menambahkan lagi kesesakan lalulintasnya yang terdiri dari kereta kuda, kereta keldai, kereta lembu, kerbau, kaming, biri-biri dan sebagainya. Semuanya bergerak seiring dengan kereta-kereta serta Prado yang kami naiki. Kami telah berkunjung ke 3 tempat yang menarik di Lahore, iaitu 2 buah masjid lamanya, dan wargha border, merupakan kawasan persempadanan antara Pakistan dan India.

PULANG KE MALAYSIA

kami telah meninggal cuace sejuk Islamabad dengan menaiki Thai Airways, Bussiness Class, pada jam 10.30 malam, 27 dec 10 waktu Pakistan dan disambut dengan cuaca panas di Malaysia pada jam 12 tghr 28 dec 10 waktu Malaysia dengan selamat. Alhamdulillah.

Gambar menyusul/view di fb.




Monday, October 25, 2010

Are you a bonsaist?


Salam bonsai buat teman sekalian.
Penulis tertanya-tanya dan selalu bermain di fikiran, 'who are the bonsaist?' Siapakah 'pembonsai'?
Penulis pernah membaca satu artikel atau buku sari internet yang telah dicetak oleh aeorang rakan penulis tentang A Bonsaist. Apa yang penulis dapat fahami ialah seorang bonsaist itu adalah seorang yang sanggup bangun di awal pagi, berjalan beribu-ribu kilometer dalam mendapatkan bonsai. Dalam mendapatkan bonsai itu, seorang pemain itu terpaksa menmpuhi berbagai-bagai rintangan seperti hujan, meredah semak, hutan, gunung ganang, bukit bukau, dan sebagainya. Setelah bersusah payah, barulah pemain tersebut mendapat bonsai yang diinginkan. Menakjubkan pemain bonsai tersebut dan barulah dia layak digelar a bonsaist.
Sebenarnya ianya tidak terhenti di situ sahaja, terdapat kesinambungannya. Seorang pemain tersebut perlu mempelajari teknik dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam membentuk bahan yang telah diperolehi.
Sesiapapun mampu memiliki bonsai dengan adanya wang ringgit. Akan tetapi kita akan merasa amat berpuas hati sekiranya bonsai yang kita miliki itu adalah hasil titik peluh kita sendiri. Bermula dari peringkat awal kita mendapatkannya, dan hinggalah pokok tersebut telah menampakkan hasil yang diinginkan. Anda akan merasakan kepuasan yang infiniti dengan memperolehi bonsai hasil air tangan anda sendiri.
Namun semua ini adalah subjektif. Penilaian sesorang itu terhadap apa jua bentuk seni adalah subjektif. Terpulang pada pandangan masing-masing.
Bagi penulis, anda akan digelar sebagai bonsaist sekiranya anda memiliki bonsai dari air tangan anda sendiri dan mendapat kepuasan yang infiniti.

Cucur atap di atas telah diperolehi oleh penulis di Kolam Belibis, salah satu tempat yang paling terkenal bagi pemain bonsai cucur atap. Pokok ini telah berusia 3 tahun, dan belum siap. Penulis telah berjalan kaki sejauh 2km dalam mendapatkan pokok ini. Berbagai rintangan dihadapi seperti panas terik, berjalan kawasan paya, dan perjalanan yang jauh. Namun, dengan semangat bonsai yang tinggi, berjaya juga pokok ini sampai di rumah penulis dan ditanam. Pokok ini masih dalam proses.
Adakah penulis layak dipanggil Bonsaist???? Terserah pada penilaian masing-masing.

Sunday, October 24, 2010

Petanda Banjir Besar



  1. Tebuan membina sarang lebih tinggi. Menurut kata orang-orang tua, kalau tebuan membina sarang ditempat yang tinggi, berkemungkinan banjir besar akan berlaku. Ini adalah amat bersesuaian sekali kerana tebuan telah membuat persediaan awal menghadapi banjir yang akan berlaku.
  2. Semut gatal(sejenis semut berwarna merah, gatal apabila terkena gigitan semut ini) membina sarang ditempat yang tinggi, bukan dalam tanah.
  3. Cacing banyak dipermukaan tanah. Berkemungkinan di dalam perut bumi telah termendap banyak air, menyebabkan air hujan gagal diserap ke dalam bumi, dan menyebabkan berlakunya banjir.

Sudut Pandang Bonsai



Salam Bonsai. Dalam bermain bonsai, sudah anda perlu tahu asas-asas bagi bonsai. dalam post ini, penulis akan berkongsi dengan teman sekalian mengenai sudut pandang bonsai. Sudut pandang, exposed visual, muka, adalah suatu perkara yang sama.
Sudut pandang dalam bonsai bererti suatu tempat di mana kita ingin memperlihatkan bonsai kita pada orang ramai. Juga boleh dikatakan sebagai sudut tontonan orang ramai. dari sudut inilah bonsai kita akan kelihatan sempurna dan memukau pandangan orang ramai yang melihat.
Sudut pandang ini amat penting dalam menyembahkan apa yang ingin disamapikan bagi sepohon bonsai. Jika tersilap memilih sudut pandang yang bersesuaian, maka kita tidak dapat menyampaikan apa yang ingin kita persembahkan dari segi gaya yang ingin ditonjolkan, keunikan dan keharmonian bonsai tersebut.
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam memilih sudut pandang bagi suatu pohon bonsai. Cara menentukan sudut pandang bagi sepohon bonsai adalah berbeza-beza mengikut gaya yang diinginkan oleh pemiliknya. disini terdapat beberapat tips yang boleh membantu anda dalam menentukan sudut pandang suatu pohon bonsai.
  • pilih banir yang paling menonjol
  • lenggok batang yang paling menonjol
  • perdahanan yang melebihi 2/3 daripada pohon, bertujuan menonjolkan batangnya dan menyerlahkan susun atur daun bahagian lain
  • terdapat titik fokal yang unik, seperti jin, shari.
Sungguhpun begitu, terdapat juga cara yang lain dalam menentukan muka atau sudut pandang bagi suatu pohon bonsai.
Jika terdapat kesalahan dari segi isi di atas, pembetulan amat dialu-alukan.
Sumebr:Ust Anuar Alias.
P/s: mungkin terdapat tatabahasa yang salah dan penggunaan istilah yang salah, sama-sama baiki ye..