Wednesday, April 24, 2013

Saya Mahu Kahwin.

Oh mama,
saya mahu kawin,
kawin dengan siapa?,
kawin dengan ... (sila baca dengan nyanyian)



Secara ringkasnya hidup kita akan berubah dari satu tahap kepada satu tahap. Seiring dengan tahap tersebut, kita akan berubah dari segi usia, pemikiran jika tingkah laku kita. Jika suatu masa dahulu kita hanya mengikut arahan orang lain, tapi sekarang kita sudah berubah dengan memberi arahan kepada orang lain pula. Begitu juga dengan hal yang lain.
Apa yang ingin diutarakan sekarang ialah perubahan dalam membina sebuah kehidupan yang lebih bermakna iaitu daripada status bujang kepada status berkahwin. Sampai satu tahap, kita akan mula rasa bosan dengan kehidupan bujang yang dirasakan  tiada makna lagi. Tiada peneman setia untuk berbicara, berkongsi masalah, dan bergembira. Maka dengan itu kita akan tercari-cari siapakah yang bakal menjadi permaisuri hati. 
Hasrat hati bukanlah untuk mencari yang sempurna seperti Siti Khadijah mahupun Siti Aisyah, tapi jikalau dapat sebaik Siti Aminah pun amatlah bersyukur sekali. Cukuplah ada seorang peneman yang setia, taat, walaupun hanya boleh menyediakan masakan singgang ikan selayang dengan sambal belacan sahaja. Sesungguhnya itulah yang sedap. Dan cukuplah jika kamu mampu membahagiakan saya dan menerima saya seadanya.

P/S: kepada yang berkenaan, sila praktis masak lebih lagi.